Alhamdulillah sedar tidak sedar kita kini telah hampir dengan bulan Rejab, bulan ini adalah antara bulan haram yang sentiasa dihormati semenjak dahulu lagi. Bulan Rejab pernah mencatatkan beberapa peristiwa penting dalam kalendar umat Islam terutama yang paling masyhur dan diingati ramai ialah pada bulan ini telah berlakunya peristiwa Isra' dan Mikraj.
"Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidilharam (di Mekah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."
Peristiwa yang telah menatijahkan banyak perkara pada umat Islam. Khususnya kewajipan mengerjakan solat lima waktu kepada seluruh umat Islam.. selepas berlalunya tahun kesedihan bagi nabi Muhammad dengan kematian insan yang tersayang Allah telah mengembirakan Baginda dengan peristiwa bersejarah ini.
Segalanya berlaku hanya dalam tempoh sepertiga malam, dari Makkah nabi dibawa ke Masjid Al-Aqsa menaiki buroq kemudian di mi'rajkan ke sidratul muntaha bertemankan malaikat Jibril. Satu peristiwa yang amat menakjubkan melampaui batasan akal fikiran manusia biasa. Namun dengan keimanan yang kuat yang kental kita wajib percaya akan peristiwa yang berlaku kerana tiada apa yang mustahil bagi Allah SWT..
Terdapat pelbagai peristiwa disepanjang perjalanan Baginda, antaranya baginda telahpun diperlihatkan akan umur dunia dengan kelibat seorang yang sangat tua. Banyangkan pada ketika nabi diperjalankan pun sudah sedemikian rupa umur dunia apatah lagi pada waktu kini, sudah pasti kita sudah terlalu hampir dengan ketibaan hari kiamat.
Tidak ketinggalan juga untuk umat Islam mengingati suatu lagi peristiwa yang amat penting ialah peperangan Tabuk yang berlaku pada bulan Rejab tahun 9H. Peperangan Tabuk meletus apabila Rasulullah s.a.w menerima berita tentang pembunuhan Farwah bin 'Amru Al-Jazami yang merupakan salah seorang ketua yang dilantik oleh Rom bagi kawasan Ma'an.
Beliau telah dibunuh dengan disalib dan direbus di dalam kawah air panas apabila Rom mengetahui dia telah memeluk agama Islam dan merupakan wakil kepada nabi Muhammad S.A.W di dalam mengerjakan dakwah Islamiah di sana. Setelah mendapat tahu tentang pembunuhan yang kejam itu lalu Rasulullah S.A.W dalam masa yang singkat telah mengerahkan agar para tentera Islam untuk keluar berjihad ke Tabuk.
Rasulullah telah menjelaskan kepada mereka tujuan tersebut secara terang-terangan dan baginda berjaya mengumpulkan sebanyak 30 000 orang tentera. Ini merupakan suatu tindakan tegas yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w dalam menjaga maslahat umat Islam daripada dirobek dan dilanggar sesuka hati oleh musuh Islam.
Dalam peperangan Tabuk ini tidak berlaku pertempuran yang besar kerana tentera musuh lebih dahulu berundur diri. Kemenangan yang agak mudah walau pun tentera muslim menghadapi banyak kesukaran ketika mahu keluar ke Tabuk ini telah digunakan sebaiknya oleh Rasulullah s.a.w dengan meluaskan pengaruh dakwah kepada raja-raja sekitar kawasan tersebut serta menghantar beberapa orang pendakwah untuk menyampaikan dakwah ke kawasan yang lebih jauh.
Oleh itu fahamlah kita bahawa peperangan dalam islam bukanlah untuk mencetuskan keganasan mahupun membalas dendam akan tetapi adalah bertujuan untuk menjaga maslahat umat islam daripada diperbodohkan serta diceroboh dengan sesuka hati oleh musuh islam, juga untuk melaksanakan misi dakwah kepada pemerintah yang dapat menerima islam.
Dan diantara peristiwa lain yang dapat kita selami dengan kedatangan bulan rejab ini ialah peristiwa hijrah umat Islam yang pertama ke Habsyah (Ethiopia). Pada ketika awal penyebaran Islam di Makkah kaum musyrikin banyak memberikan tekanan hidup kepada kaum muslimin. Mereka telah diseksa, dipulau, dicaci dan sebagainya. Hal ini menyebabkan terdapat dikalangan sahabat yang mengadu pada Rasulullah akan penderitaan yang mereka hadapi.
Lalu baginda memerintahkan mereka agar berhijrah ke Habsyah, ini bertujuan untuk menjaga keteguhan iman mereka disamping mencari tapak baru dalam proses mengembankan dakwah Islamiyah. Antara sahabat yang terlibat dalam penghijrahanini ialah saidina Othman bersama isteri beliau dan beberapa orang muslimin yang lain. Jumlah mereka adalah 14 orang lelaki dan 4 orang wanita..
Imam Muslim meriwayatkan daripada Uthman bin Hakim al-Ansari, beliau (Uthman) pernah menanyakan Said bin Jubayr mengenai puasa Rejab (pada bulan Rejab. Said menjawab: "Aku mendengar Ibn Abbas mengatakan: "Rasulullah s.a.w berpuasa Rejab sehingga kami menyangka Baginda tidak berbuka (terus-menerus berpuasa) dan Baginda berbuka sehingga tidak nampak berpuasa." (Sahih Muslim)
Perbanyakkanlah amalan seharian kita, semoga dengan kedatangan bulan yang dipenuhi dengan pelbagai kelebihan ini dapat kita manfaatkan sebaik yang mungkin. Tidak lama lagi kita akan bertemu dengan bulan yang penuh dengan keberkatan iaitu bulan Ramadhan. Berbaki 2 bulan lagi ini persiapkanlah diri kita sebaik yang mungkin agar kita dapat menjalani ibadah yang sempurna dalam Ramadhan yang mulia nanti..
YA ALLAH YA TUHAN KAMI BERKATILAH KAMI DI DALAM BULAN REJAB DAN SYABAN DAN BERIKANLAH KAMI REZEKI UNTUK MERASAI AKAN NIKMAT RAMADHAN..AMINN
Ahlan Ya Rajab
PEPSI- Pay Every Penny to Save Israel
Sebenarnya hal ini bukan berita baru dalam kalangan umat Islam sejak tercetusnya fatwa dan idea boikot terhadap produk-produk yang mendukung dan memberi bantuan ke negara Zionis Israel.
MEMRI (Middle East Media Research Institute) baru-baru ini mengeluarkan sebuah transkrip berbahasa Inggeris yang mereka dapat dari sebuah ceramah seorang ulama Mesir pada bulan Februari lalu dan baru dikutip oleh media-media Israel baru-baru ini, pada ceramah itu menyebutkan bahwa PEPSI adalah kepanjangan dari "Pay Every Penny to Save Israel" (Bayar setiap sen untuk membantu Israel).
Ulama yang bernama Hazim Abu Ismail mengatakan dalam sebuah stesyenn TV Al Nas (sebuah saluran khusus untuk keagamaan) di Mesir, menyerukan untuk setiap Muslim memboikot minuman ringan Pepsi, kerana menurutnya setiapwang yang kita gunakan untuk membeli Pepsi sama saja dengan membantu Israel.
Minuman ringan Pepsi sendiri, termasuk dari daftar produk yang mendapat fatwa untuk diboikot oleh para ulama beberapa tahun yang lalu, di samping produk-produk lain.
Selain itu, sebelumnya pada tahun 2008 yang lalu - seorang anggota parlimen dari Hamas di Gaza pernah membuat kenyataan serupa berkaitan dengan Pepsi. Berbicara pada stesyen TV rasmi milik Hamas - Al-Aqsha TV, anggota parlimen Hamas - Salim Salamah mengatakan " Ada perusahaan yang didirikan oleh pihak kolonial dan penjajah - perusahaan yang besar dan mempunyai cabang di seluruh dunia seperti Pepsi, Pepsi Cola (minuman ringan). Ini adalah sebuah perusahaan yang terkenal. Pepsi merupakan sebuah akronim, P-E-P-S-I- Pay Every Pence to Save Israel. Membayar setiap sen untuk membantu Israel.."
Jadi, sebagai seorang Muslim, masihkah kita akan tetap membantu Zionis Israel dengan membeli produk-produk yang jelas-jelas akan mendukung negara penjajah Israel? (fq/israelnationalnews)