Pernah dinukilkan oleh Ibnu Hisyam dalam kitab sirahnya bahawa di zaman dakwah Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wassallam menerima satu tentangan yang sangat menekan, bangun seorang pembesar Quraisy yang bijak dan jauh pandangannya memberi idea dan menawarkan diri kepada Quráisy semasa di kelab mereka dengan katanya: “Wahai sekalian umat Quraisy, mahukah kamu sekiranya aku pergi bertemu Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam untuk menawarkan beberapa tawaran semoga beliau menerimanya dan dengan demikian kita tidak lagi terancam dengan seruan agama baru itu.” Mereka sebulat suara bersetuju dengan pendapat ‘Utbah tadi, “Memang tepat dan benar sekali pendapat saudara itu dan jalankan segera”, jawab hadirin.
Dengan tidak membuang masa ‘Utbah pun tibalah di rumah Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam dan disambut baik oleh Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam, ‘Utbah pun membuka hasrat hati dan kaumnya: “Wahai anak saudaraku, sebagaimana kita ketahui bersama bahawa engkau adalah sedarah sedaging dengan kami, berasal dan keturunan dan baka yang mulia dan seperti yang diketahui ramai, bahawa engkau telah membawa suatuajaran baru, memecahkan kaum puak kita di samping engkau selalu mengolok-olokkan dan memperbodohkan penyembahan berhala. Mahukah sekiranya aku tawarkan beberapa perkara, semoga engkau dapat menerima sebahagian darinya. Maka RasuluLlah SailaLlahu ‘alaihi Wasallam pun berkata kepadanya; Katakan, ya Abal-Walid, saya cuba mendengarnya.
Maka berkatalah ‘Utbah: “Sekiranya tujuanmu membawa agama baru ini untuk mendapatkan harta kekayaan maka kami akan kumpulkan harta-harta kami untuk kamu sehingga kamu menjadi seorang yang lebih kaya-raya dan kami, sekiranya engkau bermaksud untuk mendapatkan kemuliaan maka kami sekalian bersedia bila—bila masa melantik engkau sebagai ketua kami, sekiranya engkau ingin menjadi raja, yang demikian pun kami bersedia juga untuk mempertabalkan engkau sebagai raja kami dan sekiranya segala tawaran tadi semuanya engkau tolak mentah-mentah maka yang terakhir sekali kami bersedia membelanjakan harta kekayaan kami untuk mencari tabib untuk merawat engkau hingga sembuh.”
Setelah itu RasuluLlah menjawab dengan katanya: “Apakah sudah habis segala hasrat yang hendak dicurahkan itu?” Jawab ‘Utbah: “Ya.” Maka sambung RasuluLlah, “sekiranya demikian maka dengarkanlah dariku pula (RasuluLlah membaca beberapa ayat-ayat A1-Qur’an dan Surah Fusilat) :-
Yang bermaksud:
“Ha Mim. Diturunkan dart Tuhan Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Kitab yang menjelaskan ayat-ayat dalam bahasa ‘Arab, untuk kaum yang mcngetahui. Yang membawa berita gembira dan membawa peringatan tetapi kebanyakan mereka berpaling (daripadanya) mereka tidak mahu mendengar. Mereka berkata, “Hati kami berada di dalam tutupan (yang menutup) apa yang kamu seru kamu kepadanya dan telinga kami ada sumbatan dan antara kami dan kamu ada dinding, maka bekerjalah kamu sesungguhnya kami bekerja pula. “Katakanlah: Bahawasanya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawasanya Tuhan kamu adalah Tuhan Yang Maha Esa, maka tetaplah padajalan yang lurus menuju kepadaNya dan mohonlah apa pun kepadaNya. Dan kecelakaan yang besarlah bagi orang-orang yang mempersekutu kanNya”.
(Surah Fusilat 41: 1 — 6)
“Utbah pun mengikuti (mendengar) bacaan RasuluLlah itu hingga sampai pada ayat:
( فَإِنْ أَعْرَضُوا فَقُلْ أَنذَرْتُكُمْ صَاعِقَةً مِّثْلَ صَاعِقَةِ عَادٍ وَثَمُودَ ( 13
Yang bermaksud:
“Jika mereka berpaling maka katakanlah, Aku telah memperingatkan kamu dengan petir seperti yangmenimpa kaum ‘Ad dan Thamud.”
(Surah Fusilat 41:13)
‘Utbah pun menutup mulut Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam dengan tangannya memohon supaya berhenti bercakap kerana terpaku dengan ayat yang penuh ugutan itu.
‘Utbah pun kembali kepada sahabat-sahabat lalu ia ditanya: “Apakah pengkhabarannya,” jawab ‘Utbah.
“Demi Sesungguhnya belum pernah aku dengar lagi barang sesuatu sepertimana aku dengar hari ini, ianya bukan sya’ir, bukan jampi, seloka, sihir dan bukan gurindam biarawan. Wahai kaum Qu raisy sekelian! dengarlah cakapku ini, berilah peluang kepada Muhammad, biarkanlah dengan usahanya itu.
Demi Tuhan sesungguhnya apa yang kudengar tadi adalah suatu berita yang teristimewa. Andaikata apa yang digambarkan oleh Muhammad terhempap ke atas kamu maka tidak ada orang lain hanya Muhammad saja yang boleh melepaskan kamu, dan andaikata Muhammad boleh menonjol diri dikalangan bangsa ‘Arab maka percayalah bahawa kekuasaan kamu dan kemegahannya adalah kemegahankamu jua.”
Jawab mereka: “Demi sesungguhnya engkau pun juga telah diperdaya oleh Muhammad dengan kelancaran lidahnya.” Jawab ‘Utbah pula: “Apa yang kukatakan tadi adalah pendapatku tentang Muhammad dan pendapat kamu terserahlah kepada kamu sekelian.” (1)
Lihat sendiri, bagaimana manusia yang berjuang akan sentiasa diuji, bahkan akan ada satu masa diuji dengan ujian kesenangan, seperti mana sunnah perjuangan yang ditunjukkan oleh Rasulullah. Namun ingin dipersoalkan disini, dipihak manakah kita? Di pihak berjuangkah, atau dipihak yang 'menyogok' manusia untuk hilang dari jalan perjuangan? Ataupun kita adalah manusia yang sudah hilang dari medan, lantas terpesona dan leka dengan perkara yang sia-sia. Tidak perlu memandang terlalu jauh, tanya sendiri apa peranan kita dalam dakwah dikampus kita. Ataupun, kita hanya tahu berkata-kata, merosak dan menarik manusia, dengan lidah-lidah jahat kita, untuk mereka hanyut bersama-sama.
Rujukan :
Fiqh Sirah, Jilid 1
Ustaz Muhammad Sa’id Ramadhan al-Buti
Ketegasan Rasulullah Dalam Mempertahan Agenda Dakwah
Posted by
Darul Hikmah
at
3:53 AM
Saturday, November 21, 2009