~12 BARISAN DI AKHIRAT~

~Suatu ketika, Muaz bin Jabal R.A menghadap Rasulullah SAW dan bertanya : "Wahai Rasulullah, huraikan lah kepadaku mengenai firman ALLAH SWT : "Pada sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang berbaris-baris. " Surah An-Naba' : 18. Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata. Lalu menjawab : “ Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan diiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri… ” Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut.. :-

BARISAN PERTAMA

Diiring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi ALLAH yang Maha Pengasih : “Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KEDUA

Diiring dari kubur berbentuk khinzir hutan. Datanglah suara di sisi ALLAH Yang Maha Pengasih : “ Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KETIGA

Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. “Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KEEMPAT

Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pacutan keluar dari mulut mereka. “Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jual beli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka…”

BARISAN KELIMA

Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu ALLAH SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar. “Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada ALLAH SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..”

BARISAN KEENAM

Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. “Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..”

BARISAN KETUJUH

Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. “Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..”


wallahua'lam~

[to be continued.... ]

ZIKRULLAH PENAWAR HATI

Dalam dunia yang kian maju, kehidupan manusia pastinya berhadapan dengan pelbagai bentuk dugaan dan cabaran. Ujian berkenaan adakalanya akan membuat seseorang itu mudah tewas dan mengalah lantaran jiwa yang lemah.

Dalam konteks kehidupan sebagai mahasiswa, kita juga tidak terlepas dari mengalami masalah yang sama. Saban hari menghadiri kelas, berhadapan dengan 'assignments', 'quiz','tests' dan sebagainya. Ditambah lagi dengan situasi sekarang dimana kita sedang berada dalam minggu peperiksaan akhir semester, ia menyebabkan jiwa kadangkala berasa tertekan. Oleh yang demikian, setiap individu memerlukan pendekatan terbaik dalam memastikan tekanan dan beban tersebut dapat diimbangi dengan ketenangan dan keselesaan hidup.

Zikrullah atau berzikir mengingati Allah S.W.T seperti mengagungkan Allah, mensucikanNya, menyebut kalimah Allah, mengucapkan tasbih, tahmid dan takbir adalah salah satu alternatif ke arah pembersihan dan ketenangan jiwa daripada segala macam kekalutan dan sifat mazmumah. Mendirikan solat, membaca al-Quran dan menghadiri majlis ilmu juga tergolong dalam istilah zikrullah. Zikrullah adalah penawar hati yang paling mujarab. Allah berfirman bermksud:

" orang yang beriman itu tenang dan tenteram hati dengan zikrullah. Ketahhuilah
bahawa dengan zikrullah itu akan tenang dan tenteramlah hati-hati manusia"
(al-Ra'd, 28)

Kesimpulannya, apabila kita berhadapan dengan sebarang kesulitan, zikrullah adalah alternatif dalam menyelesaikan masalah. Semoga hati kita akan menjadi tenang dan segala urusan kehidupan akan dapat dilaksanakan dengan sebaiknya. (^_^)v



"SELAMAT BERAMAL, SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN &
SELAMAT BERCUTI..."

TOKOH ISLAM: SYEIKH FATHI YAKAN

Syeikh Fathi Yakan merupakan nama yang tidak asing lagi di hati umat-umat Islam seantero dunia. Hal ini demikian kerana beliau merupakan di antara ulama' dan sarjana besar dunia Islam. Kehadiran beliau adalah kurniaan besar dari Allah dan pemergiannya yang tidak disangka juga adalah fitrah kehidupan manusia. Beliau dilahirkan di Lubnan pada 9 Februari 1933 dan telah pulang ke rahmatullah pada usia 76 tahun. Tokoh ini tidak asing lagi dalam pergerakan Islam terutamanya bagi Ikhwan Muslimin. Penulisan dan kuliahnya menzahirkan ketegasan tentang kepentingan dakwah islamiah dalam kehidupan muslim. Tulisan-tulisannya juga dijadikan sebagai rujukan oleh kebanyakkan pertubuhan-pertubuhan Islam dimana ianya diguna pakai dalam silibus Usrah. Buku tulisan beliau yang tersohor ialah "maza ya'ni intimai Ila Islam" (Apa Ertinya saya menganut agama Islam). Sepertimana pejuang-pejuang Islam yang lain, beliau juga tidak terlepas dari dikenakan hukuman penjara dan diseksa atas alasan penglibatannya dalam gerakan Islam menggugat kedudukan serta memerbahayakan pemerintah pada ketika itu. "Seseorang itu tidak dikatakan beriman selagi mana dia tidak diuji", menyedari hakikat tersebut, Dr. Fathi Yakan tidak pernah luntur semangatnya dalam meneruskan gerakan menyebarkan risalah Tauhid serta mengembalikan kegemilangan Islam di serata dunia. Sepanjang tempoh dipenjara Syeikh Fathi Yakan menghasilkan banyak tulisan yang kebanyakannya ditujukan khas kepada pemuda pemudi Islam. Beliau berpegang pada prinsip bahawa golongan pemuda & pemudi Islam merupakan asset Islam & perlu dimotivasikan dengan semangat memperjuangkan Islam. Sahabat sekalian... lihatlah sejauhmana semangat Dr. Fathi Yakan dalam gerakan Islam.. Beliau meletakkan haparan serta keyakinan menggunung untuk meneruskan perjuangannya itu kepada golongan muda seperti kita semua.. Tuntasnya kita perlu mengorak langkah, mencontohi beliau dalam berdakwah. Sebagai seorang pelajar kita berupaya melaksanakan dakwah itu dalam lingkungan kemampuan kita, sebagai contoh berdakwah kepada housemate, classmate, kaum keluarga dan sebagainya.... Semoga kita diberi kekuatan oleh Allah SWT untuk istiqamah dalam menegakkan Islam.. "Mengharap Senang Dalam Berjuang Bagai Merindu Rembulan di Waktu Siang"... (^_^)V


~SENARAI PIMPINAN BARU PERSATUAN MAHASISWA ISLAM KPL SESI 2009/2010~


Presiden :
Mohd Annaim bin Ali

Naib Presiden I :
Muhamad Shahril bin Zakariah

Naib Presiden II :
Nadia Shafarina binti Omar

Setiausaha Agong :
Muhammad Musa bin Zainal

Timbalan Setiausaha :
Noorhafiza binti Aziz

Bendahari :
Mohamad Izzuan bin Mohamad Nasir



Lajnah Dakwah dan Tarbiyah
  • Abdul Rasyiid bin Mustafa
  • Mohd Khairuzzaman bin Baroji
  • Safiyah binti Kamsani
Lajnah Perkaderan
  • Mohd Hazwan bin Hanipah
  • Nur Ainatul Mardhiah binti Ahmad Aminuddin
Lajnah Ekonomi
  • Muhammad Naufal Akmal bin Abdul Aziz
  • Siti Sarah binti Othman
Lajnah Siasah
  • Mohd Hakim Asyraf bin Mohamad Nasaruddin
  • Fariha Shahida binti Mohd Saibani
  • Khadijah Ath-Thahirah binti Dzulkamal

Syarahan Perdana Dr Yusuf Qardawi

Assalamualaikum~

PERKONGSIAN MAKLUMAT
Dijemput semua rakyat Malaysia yang berkelapangan untuk hadir ke syarahan perdana Dr Yusuf Qardawi di bumi Malaysia! Peluang datang kadang sekali, tak tahu kalau-kalau esok lusa hidup atau mati. Jom beramai-ramai :)

AKTIVITI : SYARAHAN PERDANA DR YUSUF QARDAWI
LOKASI : MASJID NEGERI SHAH ALAM
TARIKH : 19 DECEMBER 2009
TENTETIF : BERMULA DENGAN SOLAT MAHGRIB.

Semua dijemput hadir. Mohon untuk sebar-sebarkan~ Syukran~

MUKTAMAR SANAWI 2 SESI: 08/09

Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barokatuh.

PENGUMUMAN
Disini Persatuan Mahasiswa Islam Kolej Legenda (PMIKL) ingin mengumumkan bahawa, pada:

TARIKH: 24 DECEMBER 2009
WAKTU : 8.00PM - 11.00PM
LOKASI : DKA 2/1

Akan diadakan Muktamar Sanawi (MS) 2 (pada siapa yang tidak tahu, muktamar sanawi kata nama lainnnya adalah Annual General Meeting) seperti yang di atas. Oleh yang demikian sesiapa yang mempunnyai USUL boleh menghubungi saya melalui email: sha_riha @yahoo.com atau saudara Abdul Rasyiid Mustafa, email: little_oceed@yahoo.com. Semua Mahasiswa dan Mahasiswi Islam Kolej Legenda di jemput untuk hadir.

Kerjasama anda amat saya hargai. Disini, saya sertakan dengan aturcara majlis untuk rujukan:

8.00pm : Kedatangan Audience.
8.15pm : Ucapan alu-aluan oleh MC dan bacaan doa.
8.25pm : Ucapan oleh penasihat PMI
8.35pm : Ucapan pembukaan oleh Pengerusi Tetap dan penerangan ringkas mengenai MS.
8.50pm : Ucapan Dasar oleh Presiden sesi: 08/09.
9.05pm : Perbahasan Ucapan Dasar.
9.35pm : Pembentangan Laporan oleh Setiausha Agung.
9.50pm : Perlantikan kabinet baru dan penyerahan portfolio.
10.00pm : Ucap tama Presiden 09/10.
10.10pm : Usul dan cadangan.
10.40pm : Ucapan penutup dari pengerusi tetap.
10.50pm : Doa Wehdah.
11.00pm : Refreshment dan bersurai.

p/s: mohon untuk sahabat-sahabat sebar-sebarkan maklumat ini. Syukran jazilan~ (^_^)

Yang Benar:
Fariha Shahida Mohd Saibani.
Timbalan Pengarah Muktamar Sanawi 2.
Sesi 08/09.

Cap and Trade

Bismillahirrahmanirrahim,

Alhamdulillah, waala Rasulillah, amma ba’d.

Artikel pendek kali ini berminat untuk mengetuk minda para mahasiswa yang bermastautin di kolej ini untuk mengeluarkan sebentar mereka dari dunia girang mereka, untuk merenung sebentar realiti sebenar dunia yang sebenarnya mengelilingi lingkupan “hedonism life” yang dimiliki bersama.

Sebelum itu, tontonlah dengan tenang video dibawah ini.

Apakah itu sebenarnya “CAP and TRADE”?

“CAP (reduce) and TRADE” adalah sebenarnya satu mekanisma yang telah dicadangkan semasa persidangan dunia PBB di Copenhagen, Denmark untuk mengatasi masalah ‘global warming’ yang sangat menekan. Namun apa yang disesalkan, perbincangan yang sepatutnya telus dan ikhlas dalam mencari solusi dunia telah didurjanai oleh golongan kapitalis yang tidak serik dan tamak dalam mengumpul kekayaan. Seperti yang telah dipaparkan dalam video bagaimana transaksi akan dilakukan dalam menjual ‘karbon’ kepada pihak yang ‘berautoriti’ dan sekaligus meranapkan usaha menyelamatkan dunia.

Tetapi apa pula kaitannya dengan kita? Apa pula kaitan dengan kita yang juga seorang Muslim.

Hal ini telah secara jelas memaparkan bahawa tiada sistem yang lebih layak digunakan didunia ini melainkan ISLAM. Semua sistem, terutamanya sistem ekonomi yang pincang dan jelas telah tersasar dari matlamat utamanya menyebabkan kesengsaraan yang tiada taranya.

Untuk pemahaman yang lebih sila tekan disini.

Sedikit pengenalan

Apa itu ekonomi sebenarnya yang digariskan dalam Islam?

S.M Hasanuz Zaman (1984 : 52) telah mendifinisikan ekonomi sebagai “ a knowledge and application of injuction and rules of the Syari’ah that prevent injustice in the acquisition and disposal of material resources in order to provide satisfaction to human beings and enable them to perform their obligations to Allah and the society.”

Jelas, sistem kapitalis atau sistem-sistem lain yang telah diapplikasikan gagal dalam mencapai satu tahap al-Falah sepertimana yang menjadi dasar didalam ekonomi yang sebenar.

Dunia Tanggungjawab Siapa?

Ketiadaan satu pemerintahan yang dapat mengamalkan konsep “Mendirikan Agama dan Mentadbir Dunia dengan Nilai-Nilai di dalamnya” menyebabkan manusia menjadi tiada upaya dalam membuat perubahan yang signifikan. Adalah menjadi satu keperluan kepada kita generasi muda untuk bersedia membuat perubahan untuk dunia sebagai satu Ibadah kepada Allah S.W.T yang dimulakan dengan diri kita.

Tidak akan berubah dunia, jika anak muda didalamnya masih leka dengan godaannya.

Wassalam