ADAKAH INI ?


Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi mengharapkan agar tarbiah mesti berteraskan kefahaman. Maka jangan dimarah peserta program yang tidak menepati masa sebaliknya diajar dan dididik dengan kefahaman terlebih dahulu.

“Kita orang Islam, mesti menepati masa kerana ini tuntutan sunnah. Dan inilah disiplin kita sebagai orang yang cintakan kemenangan Islam”.

Alangkah indahnya fiqh yag dimiliki oleh ustaz muda ini.

Adakah kefahaman mesti lahir daripada keilmuan? Tidak semestinya. Kefahaman boleh lahir daripada dua faktor biasanya. Faktor keilmuan dan faktor pengalaman. Ilmu tanpa pengalaman adalah tempang manakala pengamalan tanpa ilmu adalah buta.

Sebagai contoh. Mengapa Nabi SAW mengegur isteri baginda yang tidak menutup aurat ketika si buta Abdullah bin Ummi Maktum datang ke rumah? Isteri baginda mempersoalkan. Mengapa harus ditutup sedangkan Abdullah seorang buta.

Maka fiqh mengajar kita, bukan soal menutup aurat kepada Abdullah menjadi faktor tetapi persepsi orang yang harus dijaga. Bagaimana jika ada seseorang melalui rumah baginda dan melihat isteri baginda tidak menutup aurat sedangkan ada seorang lelaki (dia tidak tahu lelaki itu buta)? Bukankah akan mengocakkan fitnah.

Fiqh Ustaz Tantawi amat bagus. Jika seseorang tidak dididik dengan kefahaman sebaliknya hanya dengan kekerasan, maka ia hanya melahirkan orang yang hanya mempunyai nyalaan semangat yang sementara.

Orang yang faqib adalah orang yang alim tetapi orang yang alim tidak semestinya orang yang faqih. Ini menurut al-Qaradawi. Ada orang yang belajar fiqh tetapi tidak mampu menterjemahkan mengikut kesesuaian semasa. Itu hanya alim bukan faqih.

Bagaimana pandangan anda tentang orang haid yang membaca al-Quran. Al-Syafei mengharamkannya. Tetapi bagaimana pula dengan seorang pelajar muslimah yang menghafaz al-Quran. Maka jika datang haid, apakah diharamkan lagi baginya membaca al-Quran?

Ubat bagi kejahilan ialah bertanya. Ini hadis Nabi SAW.

Suasana Malaysia zaman sekarang adalah suasana serangan pemikiran. Peperangan antara pencinta Islam dan penentang kebenaran. Maka tarbiah mestilah melahirkan orang yang mempunyai daya untuk bertempur dalam medan serangan pemikiran.

Maka modul program dan manhaj tarbiah mesti ke arah itu.

Kita sangat perlukan orang yang mampu memberikan kuliah tentang tarbiah dan dakwah. Tetapi kita lebih memerlukan orang yang mampu menerangkan kepada masyarakat umum tentang Islam yang sebenarnya.

Bagaimana Islam dengan ekonomi? Bagaimana Islam dengan pasaran bebas. Maka kita memerlukan orang yang berkemahiran. Saya mengakui kelemahan saya dalam sudut ini. Namun sekarang soal mengakui kelemahan, tetapi sekarang soal bagaimana manhaj tarbiah kita.

Tarbiah kita memang melahirkan orang yang mampu bekerja. Tetapi apakah kita telah melahirkan ramai pemikir dan perancang? Tarbiah kita melahirkan ramai yang mampu membuat program. Tetapi apakah tarbiah kita mampu melahirkan orang yang kreatif dalam melaksanakan program.

Saya hanya mahu kita sama-sama berfikir, bukan saya mempertikaikannya. Jika kita melihat di sana ada kelemahan, maka kita harus gerak seiring untuk menjayakannya.

Sebagaimana juga saya menyatakan kepada sahabat-sahabat saya,

“Tarbiah kita telah melahirkan ramai orang yang sanggup menggerakkan tarbiah. Namun apakah kita sudah mampu melahirkan ramai perancang tarbiah? Atau orang yang mampu menggubal bentuk tarbiah yang baru”.

Sesungguhnya, orang zaman dahulu telah membentuk manhaj tarbiah yang sesuai dengan zaman mereka. Masa telah berlalu pantas. Maka kita harus melaksanakan tarbiah dalam bentuk yang lebih sesuai dengan kita.

Bagaimana? Sama-sama kita fikirkan…


dipetik dari http://dzulkhairi.blogspot.com/

TIDAK! Ibunyalah yang membimbing dan Mendidik~

17 / 04/ 2004 adalah tarikh yang menjadi saksi perginya seorang syuhada' menemui RabNYa.. kini hampir 5 tahun ... antara pejuang contoh dan ikutan. Semoga Allah memilih kita mati sebagai seorang syuhada'.

Mengenali Ummu Muhammad

Alhamdulillah, dengan izin Allah swt Puan Rasha (Ummu Muhammad) isteri kepada As Syahid Dr. Abdul Aziz Ar Rantisi telah dapat hadir di dalam satu program di Stadium Malawati, Shah Alam tengahari semalam, Ahad 22.3.09. Beliau sangat bersyukur kerana buat pertama kalinya dapat sampai ke Malaysia. Setelah mendengar penyampaian oleh rakyat Malaysia beliau memberitahu hadirin bahwa beliau seolah-olahnya mendengar penyampaian itu bukan dari orang Malaysia bahkan terasa macam disampaikan oleh orang Palestin sendiri kerana isinya benar-benar menyentuh hati dan itulah sebenarnya yang diperjuangkan oleh orang-orang Palestin termasuk suaminya As Syahid Dr Abdul Aziz Ar Rantisi.
Beliau kemudiannya memberi penyampaian dan amanat kepada semua hadirin dengan suara yang begitu bersemangat tanpa ada kelihatan tanda-tanda kesedihan di atas pemergian suaminya lima tahun yang lepas. Ini sungguh membuktikan keteguhan iman beliau dan kesabaran yang cukup tinggi yang hanya mengharapkan redha Allah swt.
Sempena kedatangan beliau ke sini, marilah kita cuba meneliti liku-liku kehidupan beliau bersama suami tercinta melalui wawancara yang diadakan setelah kesyahidan suami beliau, As Syahid Dr Abdul Aziz Ar Rantisi.
Kita semua sudah tahu akan syahidnya Dr Abdul Aziz Ar Rantisi pada 17 April 2004. Setiap kehebatan seorang suami pasti ada pendorong yang tidak lain tidak bukan isterinya yang bernama Puan Rasha (Ummu Muhammad). Mari kita sama-sama selami akan ketabahan hidup beliau sebagai seorang isteri kepada pejuang yang hebat ini.
"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka) Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan perolehi dari Allah(sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu." (Al-Baqarah : 120)
Kata-kata beliau (isteri as-Syahid) menggambarkan kesabaran yang luar biasa dan pendirian yang mengkagumkan. Sinar suara yang tidak ternilai serta tutur katanya yang lemah lembut. Apa yang lebih penting, sifat tawadhu' yang terhimpun dalam percakapannya, perbualannya dan juga tindak-balasnya. Kami katakan kepadanya :Sesuailah ungkapan kepada puan ( Di sebalik setiap lelaki hebat pasti ada seorang wanita).
Kata beliau ? TIDAK! Demi Allah, jika ada di sana wanita yang menjadi sebab kejayaan Dr. Rantisi dan menjadi sebab sampai matlamatnya, ianya tidak lain dan tidak bukan adalah ibunya yang membimbing dan mendidiknya, ibunyalah jua yang menanamkan kewibawaan dan rasa izzah. Maka dengan kalimat inilah bermulanya wawancara dengan Puan Rasha (Ummu Muhammad) isteri as-Syahid Dr. Abdul Azizar-Rantisi.
1. Bagaimana titik perkenalan puan dengan as-Syahid?
Saya seorang gadis yang telah tamat pendidikan menengah dan ketika itu saya bukanlah pendokong utama kepada gerakan Islam tetapi saya menyokong ke arahnya, tidak seperti sahabat-sahabat yang sebaya dengan saya yang menjadi pendokong utama kepada gerakan Islam.Saya sangat berkeinginan untuk menyempurnakan pengajian di universiti tetapi kedua ibu bapa saya membantah kerana niat saya adalah untuk ke Mesir bagi meneruskan pengajian saya.Semasa Abu Muhammad (Dr. Rantisi) masuk meminang saya, saya dapati padanya terdapat sifat-sifat yang menjadi idaman gadis-gadis, lebih-lebih lagi kerjayanya sebagai seorang doktor. Beliau tidak pernah menyakiti atau melukai saya walaupun hanya dengan satu kalimah dan beliau sentiasa menjaga kebenaran, oleh itu beliau menjadi amat istimewa di kalangan masyarakat.
2. Apakah cabaran, mehnah dan tribulasi yang dihadapi oleh as-Syahid?
Saya telah bersedia dengan masalah penahanannya samada pada intifadah pertama atau kedua, perkara ini pastilah amat sukar bagi saya pada permulaannya tetapi apa yang membuatkan saya teguh dan cekal ialah keimanan bahawa Allah s.w.t yang telah mentakdirkannya sebegitu. Sesungguhnya gerakan ini adalah tanggungjawab kita samada beliau bersama atau tidak.Ketika percubaan membunuh beliau pada 10.6.2003, ketika itu saya sedang bekerja, saya menjadi kaku dan segala kerja saya terhenti lalu saya memohon untuk pulang ke rumah. Saya yakin adalah sukar untuk sampai ke Hospital Shifa' yang dipenuhi dengan ramai orang dan saya telah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku.Harus kita ketahui sesungguhnya jalan yang dilalui oleh Abu Muhammad (as-Syahid)sepanjan g kehidupan jihadnya selama lebih 30 tahun adalah semata-mata mencari keredhaan Allah s.w.t. Hanya dengan itu akan tercapai kebahagiaan yang hakiki.Jalan ini bukanlah jalan yang dihampar dengan permaidani merah. Ia penuh dengan halangan dan pengorbanan tetapi matlamat mulia yang diimpikan menjadikan manusia itu jauh daripada rasa rendah diri dan hina dengan apa yang dibawa. Ini adalah sunnatullah dalam dakwah semenjak Saidina Adam a.s. sehinggalah ke hari ini.
3. Bagaimanakah cara Dr. Rantisi dalam mendidik anak-anak?
Dalam kemuncak kesibukannya, walaupun dikritik dan ditekan oleh pelbagai pihak termasuk media, sewaktu beliau di rumah, jika ada sesuatu yang ingin diambil dan masuk ke bilik, apabila terlihat cucunya atau menantunya ataupun salah seorang daripada anak-anaknya maka cepat-cepat beliau tersenyum dan bertanya khabar akan keadaan mereka.Beliau amat mengambil berat walaupun perkara yang kecil kepada setiap orang yang bersamanya sepertimana telah saya jelaskan tadi bahawa beliau sangat menjaga hubungan silaturahim walaupun hanya berhubung melalui telefon. Tambahan pula beliau adalah seorang yang amat menyayangi kanak-kanak terutama cucunya yang seramai 14 orang.Anak beliau Ahmad 21 tahun, yang terlibat dalam operasi pembunuhan tersebut amat menyerupai ayahnya samada dari segi luaran mahupun dalaman. Dia bercita-cita mengikut jejak langkah bapanya. Ahmad juga seorang pemuda yang amat menjaga kesatuan bersama rakan-rakannya serta sentiasa menekankan sifat tawadu' dan kepercayaan kepada diri sendiri.
4. Bagaimana penerimaan Dr. Rantisi tentang berita syahidnya Syeikh Ahmad Yasin?
Dr. Rantisi amat terkesan dengan kesyahidan pemimpin yang juga sahabatnya. Perkara ini dapat dilihat dengan jelas ketka majlis memperingati as-Syahid Syeikh Ahmad Yasin. Saya lihat beliau menangis ketika mana disebut nama sahabat beliau itu. Beliau merasakan amat berat unutk memikul tanggungjawab meneruskanperjuangan yang amat penting dan berat ini. Akhirnya, beliau bersetuju meneruskan hadaf perjuangan beliau dan para sahabatnya.
5. Adakah Dr. Rantisi terkesan dengan operasi pembunuhan Syeikh Ahmad Yasin?

Saya teringat kata-katanya pada majlis peringatan tersebut, dia tidakmenyalahkan Sharon atas tindakan biadap tersebut tetapi sebagai seorang insan seperti Syeikh Ahmad Yasin, jika beliau tidak dibunuh beliau akan tetap mati.Sesiapa yang tidak mati dengan mata pedang, pasti akan mati juga dengan sebab lain, sebab kematian itu berbagai-bagai dan mati itu hanyalah satu. Saya tidak akan lupa kalimah suami saya dan ia amat mempengaruhi diri saya katanya, Wahai Syeikh! Kami pasti akan menyusuli setelah pemergianmu? .
6. Apakah wasiat Dr. Rantisi kepada puan sekeluarga sebelum pemergiannya?
Sepanjang kehidupan beliau iaitu berjuang dan berjihad lebih dari 30 tahun, beliau adalah seorang mujahid, penyuluh ke jalan Allah samada dari segi muamalaat, akhlak, jihad, ibadat, kemasyarakatan, politik dan perhubungan adalah merupakan satu wasiat yang paling besar buat kami... kami akan berpegang dengan didikan beliau, Insya-Allah.
7. Bagaimana penerimaan puan terhadap berita kesyahidan Dr Rantisi?

Perasaan yang sama sepertimana isteri orang lain kehilangan suami.. Walaupun saya telah kehilangan suami tetapi saya tidak kehilangan iman dan pendirian saya terhadap Allah s.w.t, maka ini adalah suatu kelebihan pemberian Allah s.w.t.Setelah beliau keluar dari rumah, beberapa minit kemudian saya terdengar beberapa letupan (tembakan) ketika itu, saya yakin bahawa letupan itu ditujukan kepada suami saya. Beberapa ketika kemudian saya bertambah yakin apabila mendengar radio, Suara Aqsa, pada waktu itu berkumandang azan Isya' dan kemudiannya mengumumkan tembakan yang berlaku ke atas kereta beliau di mana beliau sendiri serta pengiringnya telah syahid. Lidah saya ketika itu mengulang-ulang kalimah Alhamdulillah kemudian saya terus berwudu' dan mendirikan solat Isya'. Saya berdoa kepada Allah agar menetapkan pendirian sayadan anak-anak dan Allah s.w.t sendiri telah memberi jaminan akan memperkenankan doa hambanya apabila berdoa..

8. Adakah Dr. Rantisi sendiri merasakan bahawa dirinya telah dekat dengan syahadah?

Tidak ada apa-apa tanda ke arah itu dan persediaan beliau adalah setiap saat, masa, jam dan seluruh hidupnya adalah menjadikan Rasulullah s.a.w sebagai contoh ikutan terbaik. Setiap pekerjaan yang dilakukannya dibina atas asas taqwa kepada Allah, ikhlas serta menggunakan masa dengan sebaik-baiknya. Beliau mengamalkan Islam secara sempurna dan memberikan setiap yang berhak akan haknya
9. Setiap para syuhada' akan ada tanda-tanda kemuliaannya. Maka apakah karamah Dr. Rantisi?
Darah as-Syahid terus mengalir keluar walaupun setelah 20 jam selepas beliau syahid, haruman kasturi menyelimuti seluruh jasad beliau. Di samping itu, kami sekeluarga merasakan bahawa Allah telah memberikan keteguhan hati dan ketabahan kepada kami selepas beliau syahid. Akhirnya, senyuman yang tergambar jelas di bibirnya bagi saya itu adalah karamah as-Syahid.
10. Bagaimana kehidupan Dr. Rantisi sebagai seorang bapa, suami, datuk dan pejuang?

As-Syahid merupakan seorang berperibadi Islam yang unggul sesuai dengan sepotong ayat yang bermaksud : "Dan tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah kepadaKu." (QS Az-Zariyat : 56).Beliau mencontohi Rasulullah s.a.w samada dari segi akhlak, hubungan masyarakat, kekeluargaan dan perjuangannya di mana kesemua ini pada as-Syahid adalah satu ibadah, samada mentaati ibunya, pergaulan bersama isterinya, memuliakan anak-anak, gurauan bersama cucu-cucunya dan bersikap tegas terhadap kuffar serta musuh Islam. Manakala di pejabatnya beliau bersifat tawadu' dengan sesiapa yangbermuamalah dengannya.
11. Sikap atau sifat as-Syahid yang tidak akan puan lupakan?

Keseluruhan kehidupan suami saya adalah sikap yang tidak dapat dilupakan selamanya tetapi di sana ada satu situasi yang saya ingin kongsi bersama.Ketika saya sedang mengemas rumah dengan tidak sengaja televisyen yang saya angkat terjatuh dan menyebabkan ia tidak berfungsi lagi. Saya rasa amat bersalah di atas peristiwa tersebut kerana selepas keluarnya Dr. Rantisi dari tahanan memang sukar untuk kami membeli barang-barang rumah yang baru. Tanpa saya sedari, beliau datang kepada saya dan bertanya sebab kerisauan hati saya. Apabila saya menceritakan segalanya lantas beliau berkata, tiap-tiap sesuatu adaajalnya yang telah Allah tetapkan, apa yang dikehendakiNya maka pasti akan berlaku, kata beliau dalam keadaan tersenyum.

12. Bagaimanakah saat-saat terakhir Dr. Rantisi bersama keluarga, apakah kalimah terakhir as-Syahid dan bagaimana keadaan diri beliau pada hari syahidnya beliau?

Saat akhir hidup beliau, tidak nampak perubahan yang ketara ketika bersama kami. Beliau sentiasa memberikan setiap yang berhak itu akan haknya walaupun beliau dalam keadaan sibuk...tentang hal-hal keluarga dan perkahwinan anak kami, iaitu Ahmad yang turut terkorban bersama ayahnya, mengenai persiapan perkahwinan, tempat tinggal dan sebagainya beliau kelihatan sangat gembira. Kalimah terakhir ketika beliau bersama kami ialah.."Tuhanku, masukkan aku ke syurga mu.Inilahkemuncak impianku.."

13. Apakah cita-cita Dr. Rantisi?

Cita-cita beliau ialah dapat bertemu dengan Allah dalam keadaan syahid dan tidak ada yang lebih dari itu.

14. Bagaimana kehidupan as-Syahid ketika mana mengiringi kesyahidan Syeikh Ahmad Yasin?

Saya memang tidak akan menyangka bahawa hidup beliau boleh berubah kerana sesungguhnya beliau sememangnya tahu hadaf hidupnya dan jalan terakhir yang akan di laluinya iaitu jalan Istisyhad (mempersiap diri untuk syahid) dan Jihad.

15. Apa yang ingin puan katakan kepada muslimat Palestin yang sedang menunggu giliran syahidnya suami, bapa dan anak-anak mereka?

Saudari-saudariku yang dikasihi: Sesungguhnya peranan wanita bukan sekadar yang kamu sumbangkan sekarang sahaja, bahkan peranan kita adalah bersama para lelaki dan Rasulullah s.a.w yang mulia telah bersabda :"Setiap kamu adalah ketua, dan setiap ketua pasti akan dipertanggungjawabk an ke atas orang bawahannya.. dan wanita itu adalah dipertanggungjawabk an di rumah suaminya dan ia akan dipersoalkan akan apa yang di bawahnya".Sesungguhnya telah terakam contoh terbaik wahai saudari-saudariku yang dikasihi di lembaran-lembaran terdahulu, maka peranan kamu setelah syahidnya suami ataupun anakmu, ialah menyempurnakan peranan kamu dalam kehidupan mereka. Semoga Allah menetapkan pendirian dan menjaga serta menghimpunkan kamu bersama siapa yang kamu sayangi di bawah payung rahmatNya.

16. Kalimah taujihaat untuk pemerintah negara-negara Arab, pemuda-pemudi Palestin khasnya dan pemuda-pemudi Arab umumnya?

"Dan peliharalah dirimu (dari azab yang terjadi) pada hari yang pada waktu itu kamu semua dikembalikan kepada Allah. Kemudian masing-masing diri diberi balasan yang sempurna terhadap apa yang telah dikerjakannya, sedang mereka sedikitpun tidak dianiaya." (QS al-Baqarah : 281)Untuk muda-mudi ingin saya katakan kepada mereka: Pulanglah kepada panduan asal kamu. Kembalilah semula kepada rasa izzah dan kemuliaan kamu. Kembalilah kepada Islam, berpegang teguhlah dengan kitab Allah dan jadikanlah ia sebagai perlembagaan hidup.Ya Allah, terimalah amal-amal mereka yang telah Syahid di jalanMu. Sesungguhnya kami juga akan menyusul mereka. Kurniakanlah kematian yang paling baik kepada kami iaitu Syahid di jalanMu.Ameen Ya Rabbal Alameen

Sumber dari : http://pena- dakwah.blogspot. com



HALF HIJABI'



WITH HIJAB WITHOUT HIJAB ?

ask your self honestly, which one am i and which should i aim to be



1)HIJABI HOPEFULLs: These are the girls that dont yet wear hijab, jilbaab or niqaab but they are trying to cover up their body and hair but feel really bad about it because know its a big haram ,they respect and love the hijab, and one day hope to become one of us.

We have one thing to say to ya'll…Come Join Us on The Other Side…We promise Its better here



2)ANTI HIJABIS: hates islam changed her named from Aisha to Asia, khadeejah to Clarie, fatima to faye, she drinks alcohol, smokes, swears, eats pork, shows cleavage,wears mini skirts, comits daily zina, celebrates, brithdays, christmas, divali, new year but not eid ,gives charity to christian aid, green peace but not zakat, hates hijab or niqaab or anything islamic

"May Allah guide us and you and us oh sister to be better"



3)CONVERTABLE HALF HIJABI's:- These lovely ladies are the ones caught in the Limbo between Hijab or No Hijab. "to be or not to be" is the question for these girls. With thier Hijab half on thier head and half off…u never know what they will do next! On the bright side though guys dont have to wonder what beauty is hiding beneath those hijabs cuz these half hijabis give everyone a sneak peak 24/7.


"We say to ya'll with nothing but frustration..MAKE UP UR MIND!"


4)CONFUSED NAKED WANNA BE MODEL HIJABI :- They cover their hair properly but show their neck, arms, feet and wear skintight jeans that clearly expose their thighs and behind with short sleeves, capris and the all famous low cut tops.

These girls give other Hijabis a bad name. You might spot one of these "Hijabis" in a group of Ahem! guy "friends". This group of too "friendly" Hijabis do everything a muslim let alone a Hijabi should NOT do.



"We hope none of u fit this description…if u do…we say to u with nothing but love…Respect the Hijab!"


5)HOLLYWOOD OR BOLLYWOOD HIJABI: wears correct clothing loads of haram lipstick, eyeliner, plucks her eyebrows, chisels her teeth, puts lots of haram perfume and wears hig heels alawys hoping to get approached by guys



"sister heres some coffe WAKE UP HIJAB IS TO TAKE ATTENTION AWAY FROM YOU ALLAHMUSTAN"


6)VERY LOUD HIJABI: wears proper hijab but is extremely loud in public and on public transport, always gossiping very loud on the phone or to the very loud hijabis with her, makes you wish you could hide in a shell when you see or hear her

non muslims look at them like "does there faith teach them to be so loud and unrespectable to others" ?


" shhhh sister turn the volume down"


7)SUNNNI HIJABI's-: You've seen'em. The girls who are so Hijabi they might as well be Nikabi. [MASHALLAH!]These are the girls that dont wear makeup, love and wear abayahs and have that look that says "to all men thanks but no thanks with mate". …


"We have nothing but respect for the Fabulous Few. These Hijabis are rare …but then all great things are."


8) NIQAABI HIJABI simply the best!!!!!!!!!!!! modern day Aisha, Khadeejah and fatima's[rdhu] following the exact dress of the wive's of the prophet[pbuh] companions ,strong proud filled with mountains and mountains of self esteem because they are certain and sincere in tawheed and the hereafter


"one day soon we will all be like you sis make duwwa for us"



" PENERAJU MUSLIMAT MENGUKUHKAN KEGEMILANGAN PMI"

DOA KEKUATAN SETIAP MUSLIM


PERISTIWA Nabi Adam dan Hawa dikeluarkan dari istana syurga mengajar kita untuk memandang sejarah itu dengan perspektif reda kepada Allah . Hikmah yang lain daripada peristiwa ini adalah kebijaksanaan manusia yang mampu mengatasi malaikat dan syaitan, akhirnya tersungkur juga akibat nafsu yang kadang-kadang boleh mengatasi kehebatan akal. Akhirnya, dengan kehendak Allah, kehidupan di dunia diwujudkan, taubat Adam diterima dan masanya untuk zuriat manusia diuji adakah benar imannya kepada Allah pun bermula.

Sesungguhnya yang menjadi penyelamat Adam adalah permohonan taubatnya kepada Allah. Allah menceritakannya: “Kemudian Adam menerima beberapa kalimah (ajaran kata-kata untuk bertaubat). Maka, Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.” (Surah al-Baqarah, ayat 37). Adam mengajar kita bagaimana hendak menjadi manusia mulia.

Bukankah ketika Allah menciptakannya, seluruh makhluk diperintah untuk sujud kepadanya. Tetapi, pengaruh syaitan dan nafsu syahwat boleh menukar jenis makhluk yang bernama manusia menjadi makhluk lain.

Memetik Kitab Ihya’ Ulumuddin, Imam al-Ghazali mengkaji empat sifat yang merosakkan sifat kemanusiaan seorang manusia iaitu:
Pertama, sifat subu’iyah atau kebuasan. Ciri adalah seperti suka marah, busuk hati, suka menyerang, memukul, memaki dan membinasakan harta benda. Naik ke peringkat kedua iaitu sifat bahimiyah atau kebinatangan. Gelojoh dan tamak seperti anjing, suka benda kotor seperti harta yang haram, zina dan liwat. Bertambah teruk keadaan mereka jika masuk ke peringkat ketiga iaitu sifat syaitaniyah iaitu layaknya umpama syaitan dengan cirinya seperti dengki, penipu, memutar belit, menyuruh yang munkar dan melarang kebaikan.

Kemuncaknya, sifat terakhir iaitu apabila ketiga-tiga sifat itu berkumpul, maka naiklah kejahatan manusia itu sampai ke peringkat sifat rububiyah, ketuhanan iaitu sifat Tuhan ingin dirampas menjadi miliknya. Sifat bangga diri, sombong, mahukan puji dan pujaan orang, sukakan kemuliaan dan kedudukan tinggi. Akhirnya ia mengatakan akulah Tuhan, bukan manusia, aku tidak sudi mentaati dan mematuhi kerana aku berkuasa. Tak ada sesuatu yang setanding diriku.Begitulah kejahatan terbesar anak-anak Adam apabila mereka telah melupakan Allah dan hidup di kubang lumpur dosa yang kotor dan menjijikkan.

Belajar daripada kekhilafan ayahanda manusia iaitu Nabi Adam kepada Allah, setelah khilaf beliau bertaubat seraya berdoa tanpa mengenal erti putus asa daripada rahmat-Nya. Inilah ibadat paling agung yang pertama kali diajarkan oleh Allah kepadanya iaitu berdoa. Apakah sebenarnya fungsi doa itu bagi kita?

• Pertama, doa adalah tali Allah. Doa juga adalah sebagai pengikat kita dengan Allah. Sebagai hamba yang kekal bersifat lemah, manusia perlu sentiasa berhubungan dengan Allah yang Maha Perkasa. Lafaz doa mengandungi makna pengharapan dan kebergantungan kepada Allahus-Somad (Allah Sebagai Tempat Bergantung). Mengakui kelemahan diri dan keperluan kepada pertolongan dan perlindungan Allah. Apabila seseorang manusia berasa tidak perlu kepada doa, dia sebenarnya terlalu angkuh dan sombong dengan jaminan dirinya sendiri. Dia telah memutuskan tali Allah yang mengikatnya sehingga terdedah kepada kebinasaan akibat dosanya melupakan Allah.
Seorang Muslim hendaklah sentiasa membiasakan dirinya menyebut nama Allah pada setiap perbuatannya. Seawal bangun dari tidurnya, mandi, memakai pakaian, berwuduk, sembahyang, makan, minum, keluar masuk rumah, bekerja, belajar dan bermuamalat sesama manusia. Hatta, suami yang menggauli isteri, semua itu hendaklah diiringi dengan doa supaya perbuatan itu selari dengan perintah dan suruhan Allah.
Sungguh indah perhubungan antara hamba dengan Tuhannya itu. Dia begitu hampir dan tidak pernah bercerai kerana penghubungnya adalah doa yang penuh keyakinan bahawa Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.

• Fungsi doa yang kedua adalah cita-cita dan impian yang ingin dimiliki diusahakan dengan berikhtiar sesuai dengan permintaannya kepada Allah. Orang yang meminta syurga mestilah diiringi dengan kesungguhannya beramal salih. Orang yang meminta keberkatan rezeki hendaklah bersungguh-sungguh bekerja untuk mendapatkannya. Sementara apabila dia meminta dihindari daripada kejahatan diri sendiri, maka dia hendaklah berusaha untuk tidak berbuat dosa dan maksiat. Doa dan ikhtiar saling lengkap melengkapi. Firman Allah bermaksud: “…Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah suatu kaum kecuali mereka mengubah diri mereka sendiri…” (Surah al-Ra’d, ayat 11). Hakikatnya iman itu bukanlah angan-angan. Ia perlu dibuktikan dengan kesungguhan atau jihad dalam beramal salih.
• Fungsi doa yang ketiga adalah sebagai pengubat hati. Saat diri dihina, tidak dipedulikan, diceraikan kekasih dan dibuang oleh pujaan hati, perasaan yang hadir adalah rasa putus asa. Jika berlaku ujian dan cubaan melanda iman seperti kekurangan harta, kehilangan jiwa, kecacatan, kesakitan, bencana alam dan kegagalan setiap perjuangan, kepada siapakah manusia harus mengadu, merintih dan bersandar? Setiap pengharapan akan datangnya cahaya, kepada siapa hendak dipohonkan? Keyakinan dan kekuatan untuk meneruskan hidup, dari manakah penjana kuasanya? Hanya kepada Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Doa adalah kekuatan bagi setiap Muslim, tetapi jika ia tidak difungsikan dengan cara yang betul, maka kekuatan itu akan hilang, yang tinggal hanya lafaz kosong tanpa makna dan tujuan. Kembalikanlah fungsi doa agar kita sentiasa mendapat jawapan yang pasti daripada Ilahi.