INTELECT LEADERSHIP CAMP 2009'





KEMANA HALATUJU KITA?

"Dalam kehidupan ini, orang yang paling malang ialah, orang yang tidak tahu tujuan hidup sebenar di dunia ini"


Seseorang tidak mampu untuk mengetahui matlamat hidupnya yang sebenar tanpa merujuk kepada rujukan daripada DIA yang menganugerahkan sesebuah kehidupan kepadanya.

Seseorang yang bijak, pasti mengakui kelemahan diri, dalam mencari makna hidup yang hakiki, kerana dia sendiri dalam kehidupannya, tidak pernah hidup dengan kehendak dirinya sendiri. Dia tidak pernah bercadang untuk hidup di muka bumi ini, sebelum kewujudannya. Dia sendiri tidak pernah merancang untuk lahir ke dunia ini. Maka, terbit di hatinya, sebuah perasaan insaf, dalam memahami suatu makna iaitu: "Di sebalik kehidupan ini, ada yang menciptakannya dan meletakkannya dalam dunia ini".


Hakikat yang tidak dapat dilupakan ialah, kaum-kaum dan generasi yang terdahulu musnah, bukan disebabkan kemunduran mereka dalam bidang materialistik, bahkan sepertimana yang digambarkan oleh Allah s.w.t. sendiri, bahawasanya mereka hidup dalam keadaan mewah dan makmur dari sudut materialistik, namun disebabkan kedegilan mereka, untuk melaksanakan tanggungjawab hidup sebagai hamba-hamba Allah s.w.t. dengan mentaatiNya dan menyembahNya, maka mereka dimusnahkan oleh Allah s.w.t.Pesanan ini ditujukan khas untuk diri dan adik-adik sekalian di LEGENDA dan dimana-mana anda berada..:)


SESAAT BERSAMA DI SG CONGKAK..


Insan yang terpilih dari beribu insan yang lain di Legenda.


Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang maruf dan mencegah dari yang munkar; mereka adalah orang-orang yang beruntung. (QS. 3:104)




"hari ni kita belajar menulis yg betul .ok?"



"tengok sikit jawapan boleh?..nape mcm salah jer?"



"Bila la nak makan nie?"detik aziz dihati


"ish..bila nak start nie..fail pink da dapat..comelnyer fail nie.."bisik AINA



"bakal pimpinan yg akan mengegarkan LEGENDA"


"tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang LEGENDA"


"kesesatan dalam mencari tujuan hidup..ish,mane jalan nak ke cekpoint nie?"


Perubahan menuntut kecekalan dan keberanian, bukannya jiwa-jiwa yang dayus dan lemah. Orang yang penakut akan kekal berada di tampuk yang lama kerana mereka sudah hidup dalam zOn acuh tidak acuh, namun orang yang berani akan melakukan perubahan dari masa ke masa tanpa mengira cercaandan gugatan terhadap mereka.pemuda dan kepemudaan mampu mendokong perubahan.



"pendaki yang hebat"


"bila la dapat tangkap gambar sorang-sorang..?"kata hasni dalam hati


"SEMPURNAKAN HIJRAHMU"
"Andai tiada lagi di dunia ini yang bersama-samamu, mempercayaimu...usahlah bersedih hati kerana ketahuilah ALLAH sentiasa bersamamu jika dirimu sentiasa mengingatiNya. DIA akan mengasihimu sekiranya kamu mengasihiNya.."

"lepas nie gerenti kurus.." kata Aizat

Tarbiah jasadiah bukan medan untuk membuat slot jasadiah semata-mata, tetapi melahirkan orang yang akan menjaga kesihatan tubuh badan meskipun selepas daripada latihan di kem. Yosh~

"naim la nie punya pasal...kan da kalah.." marah khair



"kenangan bersama"

"nak balik da ke?" tanye ily


" tarik kuat-kuat sikit.." tegas azizul



"caner nie..kita kena buat strategi...fikir-fikir"

Manusia sebagai Khalifah.

Setiap manusia di muka bumi ini dijadikan oleh Allah SWT untuk menjadi khalifah. Sama ada dia memimpin diri sendiri atau orang lain.

"nah, amik kertas nie pastu main jauh-jauh ye.." ujur azhar


"menuju ke puncak tertinggi dengan semangat yang membara"


Ciri-ciri pemimpin. Beradab mengikut akhlak Islam. Ertinya seseorang pemimpin haruslah mampu memberi contoh teladan mengikut akhlak Islam kepada diri dan orang yang dipimpinnya. TERBAIK!

AFTER

BEFORE

“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari Kiamat dan dia banyak menyebut Allah.”
(Surah al-Ahzab: 21)



"ala..cetek jer air nie..." bisik fiefy


"Kak, kami nak join gak dok dalam tu..takkan kami dok dalam tu kejap je..mane aci"..kata shahril

Mampu menilai dan membuat pengamatan semasa terhadap apa yang berlaku di sekelilingnya secara tepat.Berkemampuan membuat pendirian dan menghubungkaitkan setiap apa yang terjadi dalam masyarakat dan sekelilingnya dengan kemaslahatan umat dan agama. Inikan pula sahabat yang ditingalkan didalam air, kenapa perlunya kita bergerak secara kolektif? ambillah ibrah dari setiap apa yg berlaku ye..hehe jangan marah.


" macam ni cara tayamum..tgk betul-betul"kata rahman

"tengok pulak aku wat..igt dier sorg je ke reti..."balas shahril


" Eh..sape menteri kabinet yg baru ek..?"
tanya fiza..

“Barangsiapa yang Allah kehendaki mendapatkan seluruh kebaikan, maka Allah akan memahamkan dia tentang agama.” (HR. Bukhari dan Muslim)



" eh...ada orang amik gambar..pose la pe lagi"

Karena hanya iman dan ketaqwaan sajalah, yang mampu menjadikan ukhuwah tetap bersih, sebagaimana yang diinginkan oleh Islam. Allah menggambarkan dalam Al-Qur’an (QS. 43 : 67):

“Teman-teman akrab pada hari itu sebagiannya menjadi musuh bagi sebagian yang lain
kecuali orang-orang yang bertakwa.”






p/s: segala dialog hanyalah rekaan semata-mata.Bersambung dipost seterusnya..

No response to “INTELECT LEADERSHIP CAMP 2009'”