TEHERAN – Beberapa jamaah solat Jumaat di Teheran mengadakan upacara pemakaman simbolik bagi Marwa Al-Sherbini, seorang wanita Mesir yang terkorban ditikam, di ruang mahkamah Jerman ketika sedang mengandung 4 bulan. Mereka meneriakkan slogan-slogan dan mengutuk Jerman dan Angela Merkel kerana mengabaikan pertumbuhan rasisme dan fasisme di negaranya. Marwa Al-Sherbini, yang kini dianugerahkan gelaran 'Pahlawan Jilbab' telah dibunuh di ruang mahkamah kota Dresden.
Ceritanya begini, Axel M, 28 tahun adalah jiran Sherbini, dia naik berang dengan keputusan mahkamah sebelumnya yang telah menjatuhkan denda padanya kerana menghina Marwa dengan menyebutnya 'pengganas'. Axel dikatakan cuba mengugut untuk membunuh Shebini dan anaknya. Sherbini tidak takut dan terus membawa ke muka pengadilan, dan Axel dihukum bersalah.
Tetapi dalam mahkamah Marwa diserang dengan tikaman-tikaman senjata. Suami Marwa, Elwi Ali Okaz, cuba menolongnya tetapi diamuk dan ditikam oleh Axel. Bukan itu sahaja bahkan ditembak di kaki oleh pengawal keselamatan di situ dengan alasan 'tersalah orang'. Okaz suaminya, kini berada dalam keadaan kritis dan dirawat di hospital awan, Jerman.
Penunjuk-penunjuk perasaan simbolik itu mengatakan Angela Merkel sepatutnya lebih fokus terhadap perluasan gerakan fasisme di Jerman daripada ikut campur dalam urusan internal Iran. “Mengapa mereka tidak menunjukkan rasa sedih atas kematian hak asasi manusia di negaranya sendiri?” seorang pendemo bertanya.
Menteri Luar Iran telah memanggil Duta Jerman & Itali bagi Teheran mengenai pembunuhan brutal tersebut. Beliau memprotes sikap membisunya pemimpin G8 terhadap kes itu. Dalam pertemuan dengan duta besar Jerman Herbert Honsowitz tersebut, Pengarah Kementerian Eropah Barat dari Kementerian Luar Iran mengkritik kelambatan respon kerajaan Jerman dan menyatakan Jerman bertanggung jawab memastikan ke amanan kaum minoriti yang tinggal di negaranya, termasuk penghuni Muslim. Menteri Luar Iran juga memanggil duta Itali kerana negara tersebut menjadi tuan rumah pertemuan negara-negara G8 di L’Aquila.
Jurucakap Menteri Luarnya Hassan Qashqavi pada hari Khamis mengutuk pembunuhan tersebut sebagai tindakan 'menjijikkan' yang melanggar semua nilai dan hak asasi manusia. Hampir empat juta Muslim di Jerman mengecam pembunuhan itu.
Menteri Luar Jerman, Frank-Walter Steinmeier menyatakan bela sungkawa kepada Menteri Luar Mesir Ahmed Aboul Gheit kelmarin. “Kematian Marwa Al-Sherbini yang mengerikan di Dresden telah mengejutkan ramai orang di Jerman dan saya sendiri secara peribadi. Saya menyampaikan rasa bela sungkawa yang sedalam-dalamnya kepada rakyat Mesir dan terutama kepada keluarga ibu Marwa." ujar Steinmeier dalam pesannya.
reaksi peristiwa...
Posted by
Darul Hikmah
at
9:33 PM
Saturday, July 18, 2009
Labels:
isu semasa
No response to “reaksi peristiwa...”
Post a Comment