KENYATAAN BERKAITAN "GALA NIGHT"

Assalamualaikum w.b.t kepada semua pelajar dan pembaca yang dihormati.

Seperti yang kita semua maklum, pihak HEP telah berjaya mengadakan satu program "GALA NIGHT" dengan tujuan memberi penghargaan kepada para pelajar dan staff yang banyak berjasa dalam banyak aspek disamping menyediakan sedikit hiburan kepada para pelajar. Tahniah diucapkan.

Namun begitu, kami berpendapat ada beberapa perkara yang perlu diambil perhatian, khusus kepada pelajar, sebagai peringatan dan respon kepada perkara yang telah terjadi pada program tersebut.

1) Pihak kami amat mengesali atas apa yang telah terjadi pada malam tersebut terutamanya apabila keadaan menjadi tidak terkawal dan kelam kabut. Kami pada asalnya telah menghantar wakil kepada pihak HEP melalui setiausaha pada tarikh 13 Oktober 2009 namun malangnya niat kami untuk mengadakan perjumpaan berkaitan hal ini telah ditolak atas alasan kesibukan. Kejadian yang terjadi pada malam tersebut bolehlah diistilahkan sebagai "collective unconsciousness" yang boleh diperjelaskan dalam ilmu "crowd psychology" (psikologi kumpulan). Oleh itu untuk program seterusnya yang melibatkan ramai penonton adalah sangat digalakkan untuk penganjur membuat satu mekanisma yang praktikal untuk mengawal orang ramai terutamanya pelajar antarabangsa.

2) Perkara kedua yang amat-amat disesalkan adalah masuknya pengaruh arak dan alkohol kedalam program tersebut. Ada kemungkinan pihak atasan tidak menyedari hal ini tetapi natijah dan kesan alkohol ini dalam program adalah terlalu ketara menyebabkan banyak perkara yang tidak diingini berlaku, bahkan ada pencabulan juga dilaporkan didalam program tersebut. Adalah menyedihkan pihak keselamatan tidak bersedia tentang hal ini menyebabkan kredibiliti mereka sangat-sangat diragui. Pengharaman alkohol dan dadah dikawasan kampus bukanlah sesuatu yang asing bagi pihak pelajar tetapi ianya seolah tidak dihadam dan difahami oleh pihak keselematan yang mengambil tindakan acuh tidak acuh dalam hal ini.

3) Penganjur juga tidak mengambil berat dan gagal bertindak dalam hal-hal kebajikan peserta dimana kejadian pelajar yang pengsan gagal diuruskan dengan baik menyebabkan ramai pihak mengambil kesempatan kepada pelajar tersebut. Ini adalah amat menyedihkan kerana ianya adalah satu kewajipan kepada penganjur dalam apa-apa sahaja aktiviti yang dianjurkan.

4) Program ini juga dilihat mengandungi unsur hiburan melampau yang melewati batasan moral dan akhlak terutamanya dalam Islam. Adalah dimaklumi bahawa program itu bukanlah untuk pelajar Muslim semata-mata dan ianya melibatkan bukan Islam, tetapi perlulah menghormati peraturan didalam negara dan negeri ini yang menitikberatkan tentang adab dan moral dalam semua perkara.


Adalah suka diingatkan, Rasulullah s.a.w dalam banyak hadith membicarakan sesuatu hukum akan memberi pengajara secara kolektif, seperti contoh "perasuah dan penerima rasuah akan masuk kedalam neraka" , ataupun dalam hal arak, sepuluh golongan yang bersekongkol dengan arak akan terpalit dengan dosa. Jadi, jika bersekongkol dengan majlis yang mendatangkan dosa dan boleh mencepatkan bala dari Allah, maka apa pula kedudukannya? Fikir-fikirkan bersama.

Wassalam

ABDUL RASYIID BIN MUSTAFA
Presiden Persatuan Mahasiswa Islam
Kumpulan Pendidikan Legenda
Sesi 08/09

10 Responses to “KENYATAAN BERKAITAN "GALA NIGHT"”

Anonymous said...

Salam....

Pertamanya, tahniah akhi rasyiid kerana alert dgn perihal tersebut.

Sy awal2 lagi tidak bersetuju program tersebut diadakan.

Sepatutnya pihak yang menganjurkan harus memikirkan natijah pelaksanaan program tersebut, adakah ianya secocok dgn nilai islam dan moral sebagai manusia yang bertamadun? Tentunya tidak bukan...

Jangan mahu menjadi ketam yang mengajar anaknya berjalan.Bicara pasal adab, dalam masa yang sama kita juga lah menghancurleraikan adab2 tersebut.

Rentetan dpd program tersebut, percayalah, gejala pergaulan bebas, arak,coupling, pondan akan berleluasa. Tuggulah, apabila ianya menjadi darah daging, maka Allah tidak akan teragak2 untuk menurunkan azab.

Maka golongan2 inilah (penganjur) akan dipersoalkan oleh Allah Taala nanti. Anda adalah pencetus kemusnahan dan kerosakan anak2 Melayu di Legenda ini.

Mana dia budaya intelektual yang dilaung2kan selama ini??mana???

al_irsyad said...

Salam...

ana mengucapkan syabas kepada PMI kerana "PEKA" terhadap perkara-perkara sebegini.

Diharapakan pihak kolej "mesti" mengambil tindakan selanjutnya... ataupun post mortem supaya perkara sebegini tidak berulang.

teruskan perjuangan kalian! PMI

Lun said...

budaya intelectual di sini sudah lama terkubur di sini, kekuatan mahasiawa juga lemah seperti musnahnya sarang labah-labah ditiup angin. Hedonisme adalah pujaan dan tatapan remaja masakaini
. inilah bakal pemimpin yang bakat meneraui malaysia pada masa akan datang

jangan sekadar bercakap sahaja..
bukan masalah mereka menyukai hedonisme, yang menjadi masalah kita yang melihat sahaja..
ada wasilah bergerak bergeraklah bersama, jangan ditunggu ditarik sahaja, bukan nilai mahasiswa melihat dari jauh dan menunggu kerja semata-mata

al_irsyad said...

Salam...

sekadar pandangan dari ana.

"bukan hasil yang Allah s.w.t. inginkan daripada setiap kerja, tetapi... usaha yang akan Allah s.w.t. nilai".

-lihat sahaja diri kita, adakah kita cuba "mengusahakan" sesuatu ataupun tidak, bila mana perkara sebegini telah berlaku.

"hidayah" Allah s.w.t. tidak akan turun begitu sahaja, mestilah ada "usaha" kearahnya.

***untuk ingatan bersama.

Anonymous said...

Assalamualaikum....
saye pelik la knp org yg dlm pmi ni suke sgt membangkang itu dan ini.mcm korang 2 baik sgt jerk.pakai je kopiah di kepala tp..hmmm...
Aztaghfirullah...

ini ke care korang nk mendekati para mahasiswa ke arah islam sbnar? korang prsan x care korang ni hanye akn menyebabkan mrk di luar sane makin tidak suka pd pmi?

come on la, buka pemikiran 2..dekati mrk.kenali mrk yg korang hina pondan dan mcm2 lg korang hina.mcm la korang 2 bagus sgt!

korang x fkr ke knp surau 2 makin kosong n aktiviti d surau kurang mendapat sambutan?

bawalah org yg korang hina kurang agama 2 ke surau..blh ke korang[cabaran buat korang].

jd kan ape yg saye katekan ini sbg ssuatu yg positif ye...wassalam.

al_irsyad said...

Assalamualaikumwarahmatullah...

kepada saudari faizreen,

Bagi saya, bukan semua perkara yang wujud kat kolej tuh, PMI akan bangkang!.

Saudari kena faham tentang PMI wujud kerana nak menjaga syiar Islam Di kolej Legenda. Dan saudari faizreen juga kena ingat bahawa yang 'join' PMI tidak 100%nya sempurna. Memang ada kekurangan, tapi saudari tidak boleh nak salahkan PMI sekiranya 'ahli'nya yang nampak tak elok.

"kelemahan" yang wujud didalam PMI nih, kita kena jadikan sebagai satu "pemangkin" kearah yang lebih baik... insyaAllah...

Berkenaan dengan "Amar makruf nahi mungkar" pula. Kalau kita sekadar 'buat baik sahaja' tanpa buat 'mencegah mungkar' tak kena juga. Kena buat kedua-duanya sekali, baru sempurna ayat "Amar makruf dan nahi mungkar".

Bagi saya berdakwah tuh, bukan semata-mata "lisan". berdakwah juga boleh dari "cara pemakaian" dan juga dengan cara "berprogram".

wallahu'alam....

*Peringatan bersama....

salam..kepada cik faizreen..maaf.. nk tanyalah.. siapa dalam pmi yang kutuk dan maki pondan..dan siapa lagi ya yang kami hina?

dan..ape perkara yang kami bangkang? mgkn bleh bg pnjelasan..sy kurang arif..terima kasih...

fariha saibani said...

salam kepada adikku faizreen..

Mudahnya beginilah..kita yg "cetek" ilmu ni, jom rujuk kembali kpd ciri2 ISLAM yang cukup indah itu sendiri.

Pertamanya Rabbaniyah, keduanya syumuliah, ketiganya alamiyah, keempatnya waqi'iyah, kelimanya thabat wa murunah dan keenam inqilabiah.

kalaulah ireen faham 6 ciri2 ISLAM, agama KITA ini. dgn mudah ireen akan boleh hadam knp tindakan kami begini dan begitu.

ambil 1 contoh yg sng nampak la. percampurn lelaki dan wanita. islam itu syumul, iaitu sempurna, makanya dalam apa jua situasi dan keadaan, ISLAM ada mekanismanya. Dik, Allah itu Yang Menciptakan kita. jadinya die sangat3 tahu akan psikologi manusia itu bagaimana. Apa akan terjadi kalau even yg menyediakan keadaan seperti ini,akibatnya. Buruk lebih banyak dari baiknya.

Kite kene mnegkaji dahulu akan setiap tindakan kita. sama-samalah kita muhasabah diri. Terjahan tanpa kajian seolah menunjukkan kebodohan diri.

wallahualam..wassalam..

Anonymous said...

Salam...

Faizreen :sindiran berkenaan 'pondan' itu semacam ditujuan kpd saya.Apa perktaan yang sesuai untuk saya gunakan untuk golongan lelaki yang berpakaian perempuan dengn tubuh liuk lentok? Setakat ini perkataan itu yang bole saya gunakan.

Cik Faizreen paham apa itu etika berpakaian? apa hukum org yg menyerupai jantina yg lain?

Tak perlulah rasanya sya bawakan beberapa hadith dpd Kitab Riyadhus Solihan utk tatapan Cik Faizreen berkenaan hal tersebut. Cukuplah saya katakan ianya haram.

Saya tidak lah mahu menyalahkan mereka 100%. walaupun dpd pihak mrk sndr ada salahnya. Sistem dan peraturan kolej kita ini pincang. Pelaksaan tak berjalan dengan betul.Itu sahaja.

Cik Faizreen, kerja dakwah ni kerja semua orang bkn PMI semata2. PMI ini cuma wadah jer untuk sama2 kita gerakkan usaha dakwah tersebut.Keberkesanan dakwah melalui jamaah.Wallahua'lam