ZIKRULLAH PENAWAR HATI

Dalam dunia yang kian maju, kehidupan manusia pastinya berhadapan dengan pelbagai bentuk dugaan dan cabaran. Ujian berkenaan adakalanya akan membuat seseorang itu mudah tewas dan mengalah lantaran jiwa yang lemah.

Dalam konteks kehidupan sebagai mahasiswa, kita juga tidak terlepas dari mengalami masalah yang sama. Saban hari menghadiri kelas, berhadapan dengan 'assignments', 'quiz','tests' dan sebagainya. Ditambah lagi dengan situasi sekarang dimana kita sedang berada dalam minggu peperiksaan akhir semester, ia menyebabkan jiwa kadangkala berasa tertekan. Oleh yang demikian, setiap individu memerlukan pendekatan terbaik dalam memastikan tekanan dan beban tersebut dapat diimbangi dengan ketenangan dan keselesaan hidup.

Zikrullah atau berzikir mengingati Allah S.W.T seperti mengagungkan Allah, mensucikanNya, menyebut kalimah Allah, mengucapkan tasbih, tahmid dan takbir adalah salah satu alternatif ke arah pembersihan dan ketenangan jiwa daripada segala macam kekalutan dan sifat mazmumah. Mendirikan solat, membaca al-Quran dan menghadiri majlis ilmu juga tergolong dalam istilah zikrullah. Zikrullah adalah penawar hati yang paling mujarab. Allah berfirman bermksud:

" orang yang beriman itu tenang dan tenteram hati dengan zikrullah. Ketahhuilah
bahawa dengan zikrullah itu akan tenang dan tenteramlah hati-hati manusia"
(al-Ra'd, 28)

Kesimpulannya, apabila kita berhadapan dengan sebarang kesulitan, zikrullah adalah alternatif dalam menyelesaikan masalah. Semoga hati kita akan menjadi tenang dan segala urusan kehidupan akan dapat dilaksanakan dengan sebaiknya. (^_^)v



"SELAMAT BERAMAL, SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN &
SELAMAT BERCUTI..."

TOKOH ISLAM: SYEIKH FATHI YAKAN

Syeikh Fathi Yakan merupakan nama yang tidak asing lagi di hati umat-umat Islam seantero dunia. Hal ini demikian kerana beliau merupakan di antara ulama' dan sarjana besar dunia Islam. Kehadiran beliau adalah kurniaan besar dari Allah dan pemergiannya yang tidak disangka juga adalah fitrah kehidupan manusia. Beliau dilahirkan di Lubnan pada 9 Februari 1933 dan telah pulang ke rahmatullah pada usia 76 tahun. Tokoh ini tidak asing lagi dalam pergerakan Islam terutamanya bagi Ikhwan Muslimin. Penulisan dan kuliahnya menzahirkan ketegasan tentang kepentingan dakwah islamiah dalam kehidupan muslim. Tulisan-tulisannya juga dijadikan sebagai rujukan oleh kebanyakkan pertubuhan-pertubuhan Islam dimana ianya diguna pakai dalam silibus Usrah. Buku tulisan beliau yang tersohor ialah "maza ya'ni intimai Ila Islam" (Apa Ertinya saya menganut agama Islam). Sepertimana pejuang-pejuang Islam yang lain, beliau juga tidak terlepas dari dikenakan hukuman penjara dan diseksa atas alasan penglibatannya dalam gerakan Islam menggugat kedudukan serta memerbahayakan pemerintah pada ketika itu. "Seseorang itu tidak dikatakan beriman selagi mana dia tidak diuji", menyedari hakikat tersebut, Dr. Fathi Yakan tidak pernah luntur semangatnya dalam meneruskan gerakan menyebarkan risalah Tauhid serta mengembalikan kegemilangan Islam di serata dunia. Sepanjang tempoh dipenjara Syeikh Fathi Yakan menghasilkan banyak tulisan yang kebanyakannya ditujukan khas kepada pemuda pemudi Islam. Beliau berpegang pada prinsip bahawa golongan pemuda & pemudi Islam merupakan asset Islam & perlu dimotivasikan dengan semangat memperjuangkan Islam. Sahabat sekalian... lihatlah sejauhmana semangat Dr. Fathi Yakan dalam gerakan Islam.. Beliau meletakkan haparan serta keyakinan menggunung untuk meneruskan perjuangannya itu kepada golongan muda seperti kita semua.. Tuntasnya kita perlu mengorak langkah, mencontohi beliau dalam berdakwah. Sebagai seorang pelajar kita berupaya melaksanakan dakwah itu dalam lingkungan kemampuan kita, sebagai contoh berdakwah kepada housemate, classmate, kaum keluarga dan sebagainya.... Semoga kita diberi kekuatan oleh Allah SWT untuk istiqamah dalam menegakkan Islam.. "Mengharap Senang Dalam Berjuang Bagai Merindu Rembulan di Waktu Siang"... (^_^)V