ZIKRULLAH PENAWAR HATI

Dalam dunia yang kian maju, kehidupan manusia pastinya berhadapan dengan pelbagai bentuk dugaan dan cabaran. Ujian berkenaan adakalanya akan membuat seseorang itu mudah tewas dan mengalah lantaran jiwa yang lemah.

Dalam konteks kehidupan sebagai mahasiswa, kita juga tidak terlepas dari mengalami masalah yang sama. Saban hari menghadiri kelas, berhadapan dengan 'assignments', 'quiz','tests' dan sebagainya. Ditambah lagi dengan situasi sekarang dimana kita sedang berada dalam minggu peperiksaan akhir semester, ia menyebabkan jiwa kadangkala berasa tertekan. Oleh yang demikian, setiap individu memerlukan pendekatan terbaik dalam memastikan tekanan dan beban tersebut dapat diimbangi dengan ketenangan dan keselesaan hidup.

Zikrullah atau berzikir mengingati Allah S.W.T seperti mengagungkan Allah, mensucikanNya, menyebut kalimah Allah, mengucapkan tasbih, tahmid dan takbir adalah salah satu alternatif ke arah pembersihan dan ketenangan jiwa daripada segala macam kekalutan dan sifat mazmumah. Mendirikan solat, membaca al-Quran dan menghadiri majlis ilmu juga tergolong dalam istilah zikrullah. Zikrullah adalah penawar hati yang paling mujarab. Allah berfirman bermksud:

" orang yang beriman itu tenang dan tenteram hati dengan zikrullah. Ketahhuilah
bahawa dengan zikrullah itu akan tenang dan tenteramlah hati-hati manusia"
(al-Ra'd, 28)

Kesimpulannya, apabila kita berhadapan dengan sebarang kesulitan, zikrullah adalah alternatif dalam menyelesaikan masalah. Semoga hati kita akan menjadi tenang dan segala urusan kehidupan akan dapat dilaksanakan dengan sebaiknya. (^_^)v



"SELAMAT BERAMAL, SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN &
SELAMAT BERCUTI..."

No response to “ZIKRULLAH PENAWAR HATI”