Perutusan Syawal

Bismillahirrahmanirrahim..



Salam Aidilfitri, salam selamat kembalinya setiap orang yang beriman dan bertaqwa kembali kepada fitrahnya,semoga tarbiah ramadhan mampu memberi suntikan baru kepada setiap dari kita untuk menghadapi kehidupan yang penuh dengan ujian dan tanggungjawab.

Bersyukurlah kita kerana masih diberi kesempatan untuk bernafas di bulan Syawal yang mulia ini,kerana ada insan yang ditarik nikmat itu, kerana pergi meninggalkan dunia menemui Allah, maka tamatlah tugasnya didunia dan berdepanlah dia dengan semua amalan yang dilakukannya sendiri didunia.

Syukurlah,kerana Allah berfirman, "barangsiapa yang bersyukur maka akan Aku tambahkan nikmatku kepadanya, dan barangsiapa yang kufur, maka azabku amatlah pedih". Maka, jauhilah sifat kufur dengan nikmat Allah, janganlah dipenuhkan bulan penuh rahmat ini dengan maksiat kepada Allah,kerana azabNya amatlah pedih.

Memetik kata-kata Khalifah yang digelar Khalifah Ar-Rasyidin yang ke5, Khalifah Umar ibn Abdul Aziz...

" sesungguhnya Eid itu bukanlah untuk mereka yang memakai baju yang baru, tetapi Eid itu adalah untuk mereka yang takutkan Allah".

Maka nilailah semula, layakkah sebenarnya kita? Moga berkesempatan bertemu dengan Ramadahan yang seterusnya,agar dapat kita memupuk sifat taqwa, iaitu yang ditafsirkan oleh Tuan Guru Hadi Awang, iaitu takut tetapi rindu kepada Allah, supaya dapatlah kita menyambut Eid dengan hati yang benar-benar takut kepadaNya.
Wabillahi taufiq wannajah.

PERUTUSAN PRESIDEN

PERSATUAN MAHASISWA ISLAM 08/09

No response to “Perutusan Syawal”