Berfikir sejenak

Allah s.w.t. berfirman dalam surah Al-Fajr ayat 15-17 :

" Maka adapun manusia, apabila tuhan mengujinya lalu memuliakannya dan memberi kesenangan, maka dia berkata 'Tuhan telah memuliakanku'. Namun apabila tuhan mengujinya lalu membatasi rezekinya, maka dia berkata 'Tuhan telah menghinaku'1 . Sekali-kali tidak!

1.Allah menyalahkan orang yang mengatakan bahawa kekayaan itu adalah suatu kemuliaan, dan kemiskinan itu adalah suatu kehinaan seperti yang tersebut dalam ayat 15-16. Tetapi sebenarnya kekayaan dan kemiskinan adalah ujian dari Allah s.w.t. bagi hamba-hamba-Nya.



Gambar Hiasan, menunjukkan kegembiraan

Allah s.w.t. berhak memberikan kekayaan dan kemuliaan pada siapa yang dia kehendaki dan berhak juga mengambil kesemuanya itu sekiranya dia kehendaki. Adakah kita memikirkan sekiranya benar kekayaan atauapun kesenangan itu adalah suatu kemuliaan, kenapakah Fir'aun tidak pernah sakit dan juga dibiarkan memiliki kuasa pada zamannya?. Sekiranya benar kekayaan ataupun kesenangan itu satu kelebihan dari Allah s.w.t. , sudah semestinya Nabi-Nabi dan juga orang-orang soleh terdiri daripada orang-orang yang kaya diatas muka bumi ini.




Gambar Hiasan, menunjukkan kesedihan

Sekiranya benar kesusahan itu suatu kehinaan daripada Allah s.w.t. kepada manusia, mengapakah Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat dahulu hidup dalam keadaan yang susah?. Dan mengapakah orang-orang kafir dibiarkan hidup dalam kesenangan ketika didunia ini?.

Ingatlah wahai saudara-saudara ku yang beriman. Sesungguhnya, kesemua itu (kesenangan dan kesusahan) adalah satu Ujian daripada Allah s.w.t. kepada diri kita. Kebanyakkan orang lepas (lulus) bilamana datang ujian kesusahan, tetapi ramai yang tewas dikala ujian kesenangan datang.

marilah sama-sama kita muhasabah diri kita, tentang dimanakah kita berada.

Wallahu'alam.

Matlamat Penurunan Al-Qur'an




a. Sebagai petunjuk kepada kebenaran

Firman Allah s.w.t. dalam surah Al-Maidah ayat 15-16 :

"Sesungguhnya telah datang kepadamu cahaya dari Allah dan kitab yang memberi penerangan. Dengan kitab itu Allah menunjuk orang-orang yang mengikuti keredaanNya ke jalan keselamatan dan dengan kitab itu pula Allah mengeluarkan orang-orang itu dari gelap gelita kepada cahaya terang benderang dengan keizinanNya dan menunjuk mereka ke jalan yang lurus".


b. Membentuk Peribadi Muslim

Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Isra' ayat 9 :

"Sesungguhnya al-Quran ini memberi petunjuk kepada (jalan) yang lebih lurus".


c. Membentuk Masyarakat Yang Bertaqwa

Firman Allah s.w.t. dalam surah an-Nisa ayat 174-175 :

"Wahai manusia, Sesungguhnya telah datang kepadamu bukti kebenaran Tuhanmu dan kami telah turunkan kepadamu cahaya yang terang benderang (al-Quran). Adapun orang-orang yang beriman kepada Allah dan berpegang teguh kepadanya, nescaya Allah akan memasukkan mereka kedalam rahmat yang besar darinya limpahan kurnianya. Dan menunjuk mereka ke jalan yang lurus (untuk sampai kepadaNya)."


d. Menyelamatkan Masyarakat Daripada Kekufuran, Syirik dan Tipu Daya Musuh

Firman Allah s.a.w. dalam surah al-Furqan ayat 52 :

"Maka janganlah kamu mengikuti orang-orang yang kafir dan berjihadlah menentang mereka dengannya (al-Quran) dengan suatu jihad yang besar."


e. Membentuk Negara Yang Berjaya Dan Sejahtera

Firman Allah s.w.t. dalam surah saba' ayat 15 :

" (Negerimu) adalah negeri yang baik dan Tuhanmu adalah Tuhan Yang Maha Pengampun."


Dengan itu jelaslah bahawa al-Quran merupakan rujukan dan perlembagaan yang dapat memandu segala urusan kehidupan manusia samada dalam urusan dengan Allah s.w.t. atau urusan mereka sesama mereka. Al-Quran pasti dapat memberikan panduan terbaik untuk mewujudkan kesejahteraan dan kebahagiaan dunia dan di akhirat.

Adakah kau lupa??


Adakah kau lupa 
kita pernah Berjaya
Adakah kau lupa
Kita pernah berkuasa

Memayungi dua pertiga dunia
Merentas benua Melayari samudera
Keimanan juga ketaqwaan
Rahsia mereka capai kejayaan

Bangunlah wahai anak bangsa
Kita bina kekuatan jiwa
Tempuh rintangan perjuangan

Gemilang generasi yang silam
Membawa arus perubahan
Keikhlasan hati dan nurani
Ketulusan jiwa mereka berjuang

Sejarah telah mengajar kita
Budaya Islam diserata dunia
Membina tamadun Berjaya
Merubah mengangkat maruah