Berfikir sejenak

Allah s.w.t. berfirman dalam surah Al-Fajr ayat 15-17 :

" Maka adapun manusia, apabila tuhan mengujinya lalu memuliakannya dan memberi kesenangan, maka dia berkata 'Tuhan telah memuliakanku'. Namun apabila tuhan mengujinya lalu membatasi rezekinya, maka dia berkata 'Tuhan telah menghinaku'1 . Sekali-kali tidak!

1.Allah menyalahkan orang yang mengatakan bahawa kekayaan itu adalah suatu kemuliaan, dan kemiskinan itu adalah suatu kehinaan seperti yang tersebut dalam ayat 15-16. Tetapi sebenarnya kekayaan dan kemiskinan adalah ujian dari Allah s.w.t. bagi hamba-hamba-Nya.



Gambar Hiasan, menunjukkan kegembiraan

Allah s.w.t. berhak memberikan kekayaan dan kemuliaan pada siapa yang dia kehendaki dan berhak juga mengambil kesemuanya itu sekiranya dia kehendaki. Adakah kita memikirkan sekiranya benar kekayaan atauapun kesenangan itu adalah suatu kemuliaan, kenapakah Fir'aun tidak pernah sakit dan juga dibiarkan memiliki kuasa pada zamannya?. Sekiranya benar kekayaan ataupun kesenangan itu satu kelebihan dari Allah s.w.t. , sudah semestinya Nabi-Nabi dan juga orang-orang soleh terdiri daripada orang-orang yang kaya diatas muka bumi ini.




Gambar Hiasan, menunjukkan kesedihan

Sekiranya benar kesusahan itu suatu kehinaan daripada Allah s.w.t. kepada manusia, mengapakah Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat dahulu hidup dalam keadaan yang susah?. Dan mengapakah orang-orang kafir dibiarkan hidup dalam kesenangan ketika didunia ini?.

Ingatlah wahai saudara-saudara ku yang beriman. Sesungguhnya, kesemua itu (kesenangan dan kesusahan) adalah satu Ujian daripada Allah s.w.t. kepada diri kita. Kebanyakkan orang lepas (lulus) bilamana datang ujian kesusahan, tetapi ramai yang tewas dikala ujian kesenangan datang.

marilah sama-sama kita muhasabah diri kita, tentang dimanakah kita berada.

Wallahu'alam.

No response to “Berfikir sejenak”