~SENARAI PIMPINAN BARU PERSATUAN MAHASISWA ISLAM KPL SESI 2009/2010~


Presiden :
Mohd Annaim bin Ali

Naib Presiden I :
Muhamad Shahril bin Zakariah

Naib Presiden II :
Nadia Shafarina binti Omar

Setiausaha Agong :
Muhammad Musa bin Zainal

Timbalan Setiausaha :
Noorhafiza binti Aziz

Bendahari :
Mohamad Izzuan bin Mohamad Nasir



Lajnah Dakwah dan Tarbiyah
  • Abdul Rasyiid bin Mustafa
  • Mohd Khairuzzaman bin Baroji
  • Safiyah binti Kamsani
Lajnah Perkaderan
  • Mohd Hazwan bin Hanipah
  • Nur Ainatul Mardhiah binti Ahmad Aminuddin
Lajnah Ekonomi
  • Muhammad Naufal Akmal bin Abdul Aziz
  • Siti Sarah binti Othman
Lajnah Siasah
  • Mohd Hakim Asyraf bin Mohamad Nasaruddin
  • Fariha Shahida binti Mohd Saibani
  • Khadijah Ath-Thahirah binti Dzulkamal

Syarahan Perdana Dr Yusuf Qardawi

Assalamualaikum~

PERKONGSIAN MAKLUMAT
Dijemput semua rakyat Malaysia yang berkelapangan untuk hadir ke syarahan perdana Dr Yusuf Qardawi di bumi Malaysia! Peluang datang kadang sekali, tak tahu kalau-kalau esok lusa hidup atau mati. Jom beramai-ramai :)

AKTIVITI : SYARAHAN PERDANA DR YUSUF QARDAWI
LOKASI : MASJID NEGERI SHAH ALAM
TARIKH : 19 DECEMBER 2009
TENTETIF : BERMULA DENGAN SOLAT MAHGRIB.

Semua dijemput hadir. Mohon untuk sebar-sebarkan~ Syukran~

MUKTAMAR SANAWI 2 SESI: 08/09

Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barokatuh.

PENGUMUMAN
Disini Persatuan Mahasiswa Islam Kolej Legenda (PMIKL) ingin mengumumkan bahawa, pada:

TARIKH: 24 DECEMBER 2009
WAKTU : 8.00PM - 11.00PM
LOKASI : DKA 2/1

Akan diadakan Muktamar Sanawi (MS) 2 (pada siapa yang tidak tahu, muktamar sanawi kata nama lainnnya adalah Annual General Meeting) seperti yang di atas. Oleh yang demikian sesiapa yang mempunnyai USUL boleh menghubungi saya melalui email: sha_riha @yahoo.com atau saudara Abdul Rasyiid Mustafa, email: little_oceed@yahoo.com. Semua Mahasiswa dan Mahasiswi Islam Kolej Legenda di jemput untuk hadir.

Kerjasama anda amat saya hargai. Disini, saya sertakan dengan aturcara majlis untuk rujukan:

8.00pm : Kedatangan Audience.
8.15pm : Ucapan alu-aluan oleh MC dan bacaan doa.
8.25pm : Ucapan oleh penasihat PMI
8.35pm : Ucapan pembukaan oleh Pengerusi Tetap dan penerangan ringkas mengenai MS.
8.50pm : Ucapan Dasar oleh Presiden sesi: 08/09.
9.05pm : Perbahasan Ucapan Dasar.
9.35pm : Pembentangan Laporan oleh Setiausha Agung.
9.50pm : Perlantikan kabinet baru dan penyerahan portfolio.
10.00pm : Ucap tama Presiden 09/10.
10.10pm : Usul dan cadangan.
10.40pm : Ucapan penutup dari pengerusi tetap.
10.50pm : Doa Wehdah.
11.00pm : Refreshment dan bersurai.

p/s: mohon untuk sahabat-sahabat sebar-sebarkan maklumat ini. Syukran jazilan~ (^_^)

Yang Benar:
Fariha Shahida Mohd Saibani.
Timbalan Pengarah Muktamar Sanawi 2.
Sesi 08/09.

Cap and Trade

Bismillahirrahmanirrahim,

Alhamdulillah, waala Rasulillah, amma ba’d.

Artikel pendek kali ini berminat untuk mengetuk minda para mahasiswa yang bermastautin di kolej ini untuk mengeluarkan sebentar mereka dari dunia girang mereka, untuk merenung sebentar realiti sebenar dunia yang sebenarnya mengelilingi lingkupan “hedonism life” yang dimiliki bersama.

Sebelum itu, tontonlah dengan tenang video dibawah ini.

Apakah itu sebenarnya “CAP and TRADE”?

“CAP (reduce) and TRADE” adalah sebenarnya satu mekanisma yang telah dicadangkan semasa persidangan dunia PBB di Copenhagen, Denmark untuk mengatasi masalah ‘global warming’ yang sangat menekan. Namun apa yang disesalkan, perbincangan yang sepatutnya telus dan ikhlas dalam mencari solusi dunia telah didurjanai oleh golongan kapitalis yang tidak serik dan tamak dalam mengumpul kekayaan. Seperti yang telah dipaparkan dalam video bagaimana transaksi akan dilakukan dalam menjual ‘karbon’ kepada pihak yang ‘berautoriti’ dan sekaligus meranapkan usaha menyelamatkan dunia.

Tetapi apa pula kaitannya dengan kita? Apa pula kaitan dengan kita yang juga seorang Muslim.

Hal ini telah secara jelas memaparkan bahawa tiada sistem yang lebih layak digunakan didunia ini melainkan ISLAM. Semua sistem, terutamanya sistem ekonomi yang pincang dan jelas telah tersasar dari matlamat utamanya menyebabkan kesengsaraan yang tiada taranya.

Untuk pemahaman yang lebih sila tekan disini.

Sedikit pengenalan

Apa itu ekonomi sebenarnya yang digariskan dalam Islam?

S.M Hasanuz Zaman (1984 : 52) telah mendifinisikan ekonomi sebagai “ a knowledge and application of injuction and rules of the Syari’ah that prevent injustice in the acquisition and disposal of material resources in order to provide satisfaction to human beings and enable them to perform their obligations to Allah and the society.”

Jelas, sistem kapitalis atau sistem-sistem lain yang telah diapplikasikan gagal dalam mencapai satu tahap al-Falah sepertimana yang menjadi dasar didalam ekonomi yang sebenar.

Dunia Tanggungjawab Siapa?

Ketiadaan satu pemerintahan yang dapat mengamalkan konsep “Mendirikan Agama dan Mentadbir Dunia dengan Nilai-Nilai di dalamnya” menyebabkan manusia menjadi tiada upaya dalam membuat perubahan yang signifikan. Adalah menjadi satu keperluan kepada kita generasi muda untuk bersedia membuat perubahan untuk dunia sebagai satu Ibadah kepada Allah S.W.T yang dimulakan dengan diri kita.

Tidak akan berubah dunia, jika anak muda didalamnya masih leka dengan godaannya.

Wassalam

Pemanasan Global

PEMANASAN GLOBAL

Secara umumnya suhu purata Bumi tidak begitu stabil, malah berubah mengikut masa, seperti yang telah dibuktikan melalui analisis lapisan geologi. Planet kita adalah beberapa puluh darjah lebih sejuk pada 20 000 tahun yang lepas, iaitu pada puncak zaman salji glasier. Perubahan suhu ini sebenarnya amat perlahan, suhu berubah sebanyak 0.2 darjah dari tahun 1000 sehingga hujung kurun ke-19.

Fakta yang merisaukan komuniti antarabangsa ialah betapa cepatnya suhu berubah sekarang ini, kecepatan perubahan yang tidak pernah berlaku di zaman dahulu. Sejak hujung kurun ke-19, lebih kurang dalam seratus tahun saja, suhu purata telah naik 0.6 darjah. Simulasi komputer pula menunjukkan bahawa pemanasan akan menjadi lebih cepat dan suhu purata boleh meningkat sebanyak 1.4 hingga 5.8 darjah pada hujung kurun ke-21. Fenomena ini kita panggil pemanasan global.


KESAN RUMAH HIJAU
Variasi suhu atmosfera secara umumnya berkaitan dengan beberapa faktor seperti perubahan aktiviti Matahari, atau kelajuan putaran Bumi. Tetapi, kebanyakan pakar-pakar sains percaya bahawa pemanasan global adalah disebabkan, terutamanya, oleh kesan rumah hijau. Kesan ini terjadi apabila sebahagian besar tenaga dari Matahari yang sampai kepermukaan Bumi tidak dipantulkan semula keluar ke angkasa lepas, malah diserapi oleh atmosfera kita.

Seperti yang telah kita dapati, menurut hukum Wien, sifat sinaran dari satu objek bergantung kepada suhunya. Matahari yang mempunya suhu permukaan 6000 darjah, bersinar terutamamya didalam gelombang tampak dimana tenaganya masuk secara mudahnya ke atmosfera kita. Tetapi, disebabkan suhu Bumi jauh lebih rendah dari suhu Matahari, planet kita mengeluarkan kembali tenaga ini dalam bentuk sinaran inframerah. Gas-gas tertentu seperti karbon-dioksida, methane dan nitrogen oksida, yang juga lutsinar dalam gelombang tampak, adalah legap dalam sinaran inframerah. Ciri-ciri mereka ini menghalang tenaga dari keluar semula keangkasa lepas. Mereka menyerap tenaga tersebut menjadikan atmosfera kita panas. Sebahagian besar tenaga solar ini diserap oleh atmosfera bawahan,seperti yang terjadi keatas planet Zuhrah.

Besar kemungkinan kesan rumah hijau dan pemanasan global ini, yang mencepat sejak kurun ke-19, berpunca dari kesan aktiviti manusia keatas alam sekitar. Kebanyakan gas yang mempunyai ciri-ciri kesan rumah hijau telah dilepaskan ke atmosfera melalui aktiviti-aktiviti moden yang menggunakan fossil fuel di dalam industri dan kenderaan. Ia juga boleh disebabkan oleh aktiviti agrikultur tertentu seperti ternakan lembu. Kita jangka bahawa gas karbon-dioksida telah dinaikkan sebanyak 30 peratus sejak bermulanya era industri, iaitu satu sumbangan besar yang memburukkan kesan rumah hijau.


Aletsch
Sejak 150 tahun yang lepas, glasier di banjaran gunung Alps, seperti glasier Aletsch di Switzerland, telah hilang separuh jisimnya. Kredit : O. Esslinger


KESAN PEMANASAN GLOBAL
Seperti yang telah ditunjukkan, pemanasan global menyebabkan glasier mencair dan tahap air laut meningkat sebanyak beberapa puluh sentimeter. Ketebalan ais di kutub juga menjadi kurang. Sejak kurun ke-21, fenomena ini meningkat semakin cepat, dimana kesannya kelihatan semakin ketara, terutamanya peningkatan tahap air laut dan perubahan cuaca secara ekstrim yang melibatkan kemarau dan kitaran presipitasi yang dahsyat.

Kesan ini dapat dirasai oleh manusia dengan kekerapan banjir, kemarau panjang, kekurangan air minuman, sebaran penyakit malaria, kekurangan zon tepi laut atau kekurangan bilangan pulau. Dalam jangkamasa yang panjang, dengan pencairan ais di Greenland yang menyebabkan tahap air laut naik sebanyak 6 meter, kita dapat meramalkan kehilangan sebahagian besar zon tepi laut dunia.

Dihadapkan dengan ancaman tersebut dan keperluan usaha untuk menangani masalah ini, komuniti antarabangsa didapati agak segan. Protokol Kyoto telah dirundingkan dalam tahun 1997 bertujuan untuk memaksa negara industri untuk mengambil langkah-langkah yang perlu untuk mengurangkan pencemaran udara yang memburukkan kesan rumah hijau. Hasil dari keputusan Russia untuk menyertai protokol ini, usaha ini ada peluang untuk membawa hasil. Tetapi, tanpa penyertaan Amerika Syarikat, yang buat masa ini merupakan pencemar udara terbesar di dunia, hasil usahan dari protokol ini agak terhad. Disebabkan perjanjian ini tidak begitu ambitious, kami percaya ia tidak begitu mampu untuk melambatkan pemanasan global dengan berkesan. Oleh yang demikian, bencana yang amat dahsyat masih mengancam.


RESPON: PERANAN MAHASISWA

Mahasiswa amatlah memainkan peranan terhadap isu-isu global yang berlaku dihihari. Ini kerani, mahasiswa merupakan komuniti yang sedang menuntut ilmu dan paling mudah untuk mendapat kesedaran. Dengan kapasiti kesedaran yang dimiliki oleh mahasiswa, boleh mendidik masyarakat sekeliling secara langsung.


Maka dengan itu, akan wujudlah kesedraan di kalangan masyarakat tentang pemanasan global. Kita lihat, Malaysia kurang responsive terhadap isu-isu seperti pemanasan bumi yang membelenggu dunia. Mungkin disebabkan Malaysia berada tinggi dari aras laut. Akan tetapi, seperti negara Bangladeh yang berada pada tanah rendah, perkara seperti ini amatlah membimbangkan.

Dalam masa yang sama, sudah tentu kerajaan amat berperanan dalam mewujudkan kesedaran di kalangan masyarakat dan mahasiswa merupakan agentnya. Akan tetapi, tidak ada gunanya kuasa jika tidak ada kesedaran terutama di kalangan pimpinan kerajaan sendiri. Kerajaan juga hendaklah mewujudkan polisi-polisi yang lebih tegas mengenai terhadap industri-industri tertentu yang memberi sumbangan besar terhadap pemanasan global. Kempen-kempen dan program-program kesedaran hendaklah diperbanyakkan. Bukan sahaja kerajaan yang memainkan peranan yang penting, NGO dan badan-badan berkanun yang lain hendaklah juga menunjukkan patisipasi.


Lamaran Dari Kami

Segala puji bagi Allah s.w.t selawat dan salam atas RasulNYA, serta keluarga dan sahabat-sahabatnya.

LAMARAN
Lamaran disini bukanlah dengan memberi sebentuk secincin seperti seorang teruna kepada seorang dara. Tapi lamaran disini adalah mengalu-alukan rakan-rakan, sahabat-sahabat di seluruh Legenda Draul Hikmah ini untuk menyumbangkan sebarang idea untuk sebarang aktiviti yang anda berasa ingin lakukan tetapi tidak mempunnyai platfrom.

Disini, kami bersedia untuk membantu atau bekerkasama untuk melakukan aktiviti bersama pelajar-pelajar Legenda. Contohnya, Nur Amina ingin untuk melakukan ekspidisi mendaki gunung dan beliau mempunnyai minat yang mendalam terhadap aktiviti tersebut. Namun, malangnya Nur Amina tidak ada teman yang seminat dengannya. Oleh yang demikian, anda bolehla datang kepada kami dan kita sama-sama membincangklan aktiviti tersebut untuk dilakukan bersama dan mengajak sahabat-sahabat lain untuk menyertainya juga.


IDEA DAN AKTIVITI
Sebarang idea dan aktiviti yang hebat dan kreatif mungkin terfikir oleh anda, tapi tidak terfikir oleh kami. Justeru itu, kami amat mengalu-alukan sekirnaya rakan-rakan sudi untuk berkongsi idea bersama-sama kami.

Dalam masa yang sama, dapatlah kita mengeratkan ukhwah yang sedia ada. Baik ahli PMI yang sudah berdaftar atau belum berdaftar. Jangan segan, jangan malu! Idea-idea anda amatlah kami perlukan. Untuk sebarang perbincangan atau perkongsian idea bolehla menghubungi Saudari Fariha melalui email atau yahoo massenger di: sha_riha@yahoo.com

Sekian. Terima Kasih :)

Oleh:
Lujnah Siasah

Peringatan Untuk Anak Muda

Selepas Subuh hari itu, saya memerhatikan beberapa ayat al-Quran. Tadabbur dan tafakkur. Khali seketika. Saya amat tersentak apabila memerhatikan makna yang terkandung dalam surah Iqra’.

“Apa yang Abg Dzul dapat daripada surah itu?” adik usrah saya bertanya.

“Surah ini banyak juga membentak Abu Jahal. Apa yang paling menakutkan ialah apabila Allah membuat satu cabaran terbuka kepada bapa saudara nabi yang kufur itu. “Maka panggillah orang-orang kamu (untuk membantu kamu)”. Itu cabaran yang dilemparkan oleh Allah,” jelas saya ringkas.

Namun bukan itu yang menakutkan. Saya diam mengumpul tenaga. terasa sebak melanda hati saya, sekaligus membuatkan jiwa saya terperosok ke lembah kedukaan. Saya dapat merasakan seolah-olah saya benci seketika untuk melakukan maksiat.

Rantai keimanan mengikat saya. “Panggillah orang-orang kamu (untuk membantu kamu). Kami (Allah) pula akan memanggil Zabaniah.”



Itu yang menakutkan. Allah membuat cabaran akan memanggil Zabaniah untuk berhadapan dengan orang-orang yang sombong. Zabaniah sebagai penjaga neraka yang bengis dan tidak pernah tersenyum setelah melihat penciptaan neraka ditugaskan untuk melayan orang-orang yang sombong.

Dalam neraka itu ada buah zaqqum. Buah yang berbau busuk dan loya, lebih meloyakan berbanding najis yang melimpahi mangkuk tandas.

Dalam neraka itu ada hidangan air bernanah. Seolah-olah nanah yang pecah setelah membesar, lalu dihirup dan dijilat dengan lidah. Itu hidangan ahli neraka.

“Adik-adikku, jauhilah kamu dari zina,” saya berpesan kepada adik-adik usrah saya kalangan muslimah. Mereka mendengar dengan tekun. “Sesungguhnya dihikayatkan dalam satu kisah, buah dada penzina perempuan akan digantung dengan tali neraka,” ada kalangan mereka mula menitiskan air mata.

Pernahkah kita membayangkan bahawa mata kita akan dicucuk dengan besi panas? Atau kuku kita dicabut satu-persatu. Atau kulit kita dilapah-lapah? “Maka adik-adik muslimin, jauhilah kamu dari zina. Sukakah jika kemaluan kamu dicucuk dengan jarum?”

Zabaniah tidak berhati petur. Ia tidak mengenal erti belas kasihan. Jika perlu, ia akan menarik lidah kita lalu dikelar dengan pisau tajam. Jika perlu, ia akan menusuk dubur kita dengan kayu berduri. Jika perlu, ia akan menusuk mata kita dengan jarum tajam.

Aduh, neraka itu tempat yang gelap gelita. Penghuninya berbau busuk sekali, loya dan meloyakan. Penuh dengan muntah dan kencing serta najis yang berlimpahan. Penuh dengan suasana yang trauma dan menakutkan.

Saya ingin melemparkan satu amaran kepada diri saya yang melakukan maksiat.

Sungguh, orang yang mengerti tentang Islam, namun jika ia keluar berdua-duaan dengan yang bukan muhrim atau kekasihnya, maka saya ingin bertanya. “Sanggupkah kamu melihat buah dada kekasih kamu digantung dengan tali neraka?”

“Atau sanggupkah kamu melihat kemaluan kekasih kamu dimasukkan jarum”.

Menangislah, Zabaniah tidak akan peduli.

Sentuhlah babi yang penuh dengan lumpur. Sesungguhnya nabi saw bersabda, menyentuh babi yang penuh lumpur lebih mulia daripada menyentuh kulit perempuan yang bukan muhrim.

Jika kamu ingin melihat salah seorang bakal penghuni neraka, lihatlah kepada orang yang selalu melayan nafsu kamu, keluar berdua-duaan dengan kamu, rela tangannya dipimpin kamu, rela badannya diusap-usap oleh kamu, rela menghabiskan masa dengan kamu, rela bibir dan pipinya dicium kamu, rela menunggang motor bersama kamu, lalu ia memeluk kamu dengan penuh erat. Itulah calon neraka.

“Ustaz, bagaimana ingin menimbulkan rasa benci kepada sikap itu? Suka keluar bersama pasangan, di waktu siang mahupun malam, bersama di atas motor dan kereta.”

Saya menjawab, “Bayangkan jika ibu kamu yang keluar bersama lelaki lain. Apakah kamu akan membenci ibu kamu?”

Ah, Zabaniah tidak peduli dengan raungan dan rintihan orang yang merayu. Zabaniah hanya mengenal erti ‘penyeksaan’.

“Anakku,” guru memangil saya satu ketika. Saya sedikit mendekatkan telinga saya ke bibirnya. “Janganlah kamu hanya menangisi dosa-dosa yang kamu lakukan. Tetapi fikirkanlah juga bagaimana cara menimbulkan benci kepada dosa. Orang yang hanya menangisi kesilapan akan mengulanginya semula. Orang yang menanam rasa benci tidak akan kembali,” saya mengangguk.

“Anakku,” guru masih ingin memberikan nasihat. “Pernahkah kamu merasa air kencing kamu?” saya terus menggeleng. Terasa gei menguasai diri. “Jika kamu ingin merasa air kencing kamu, lakukanlah maksiat. Kelak Zabaniah akan menghidangkan air kencing sebagai hidangan minuman kamu.”

“Anakku,” saya sudah tidak mampu menahan sebak. Sedih. Galau. Takut. Gerun. Semua bercampur-campur dalam hati yang satu. Kamu tahukah apa ibarat neraka itu?” saya menjawab tidak, dalam sebak.

“Umpama tangki tahi. Itulah ibarat neraka,”

« Anakku, jika kamu ingin selamat di akhirat, aku ingin memberikan satu petua. Jika kamu berjaya mengikut petua aku ini, engkau akan selamat, »

« Kamu perlekehkan nafsu kamu. Hina ia. Kamu perlekehkan kehendak dunia kamu. Hinakan ia. Namun ingatlah satu perkara. Semakin kamu memperlekehkan nafsu kamu, maka semakin kuat ia mengejar kamu,” pesan guru dan tiba-tiba kemudiannya guru ghaib.

Zabaniah tidak kenal erti kasih.

Saya berbisik dalam hati, “Tuhan, jauhkanlah Zabaniah daripada hamba-Mu yang penuh dengan maksiat ini,” lalu saya tersungkur di mihrab kerinduan.

Sumber:
Cerpen Muhasabah III
Ustaz Dzulkhairi

Buatmu Penuntut Ilmu

Segala puji bagi Allah Yang Maha Esa. Selawat dan salam semoga terlimpah kepada orang yang tidak ada nabi sesudahnya.

WA BA'D..WAHAI PENUNTUT DAN PEMBURU ILMU
Rakan-rakan, tahniah diucapkan kepada kalian semua kerana telah memilih jalan terbaik dalam kehidupan kalian. Iaitu jalan menuntut ilmu, jalan menuju ke syurga. Ramai rakan-rakan kita diluar sana yang tidak dapat melanjtkan pelajaran mereka baik di IPTA ataupon di IPTS. Kita seharusnya bersyukur kerana diberi hidayah untuk terus memartabatkan diri mulia disisi Allah dengan ilmu.

Namun, ilmu tanpa amal ibarat kereta tanpa stereng. Ini kerana, setiap apa yang kita dapat dikelas memberikan dua kemungkinan iaitu jika kita mengamalkannya maka ia akan menjadi penolong kelakdi syurga. Jika sebaliknya maka ia akan menjadi penuntun ke neraka Jahannam. Mari kita berlindung dengan Allah daripada kehidupan yang merugikan iaitu kehidupan orang yang ilmunya bertambah, tapi tidak bertambah takut dan taqwanya disisi Allah.

Firman Allah:
"Dan bacakanlah kepada mereka orang yang telah Kami berikan kepadanya ayat-ayat Kami (pengetahuan tentang isi Al-Kitab), kemudian dia melepaskan diri daripada ayat-ayat itu lalu dia diikuti oleh syaitan (sampai dia tergoda), maka jadilah dia orang-orang yang sesat."
(Al-A'raaf:175)


MUHASABAH
Baiklah jadi orang yang bodoh dari ilmu tanpa amal. Baiklah jadi orang yang dungu daripada pintar tapi jauh daripada hidayah Tuhan. Kepintaran tanpa hidayah hanya akan menghantara kita ke neraka, nauzubillah. Semoga Allah s.w.t membekali taqwa, hidayah dan cahaya bagi kita pemuda-pemudi penuntut ilmu, dan semoga ia menghimpun kita sekalian bersama orangorang yang soleh. Ameen amenn ya rabbal a'lameen.

Oleh:
Lujnah Tarbiyah



Kebanjiran Pelajar Asing

Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barokatuh.

Selamat bertemu kembali, rasanya masih belum terlewat untuk penulis mengucapkan "Selamat Kembali ke Alam Kuliah" di Kolej Legenda tercinta ini. Pada mulanya penulis sedikit kebinggungan untuk menulis di laman blog ini. Sementelah penulis ketiadaan komputer riba untuk sementara waktu, penulis terpaksa meringankan langkah ke perpustakaan untuk melontarkan pandangan di laman blog ini agar dapat di kongsi bersama mahasiswa dan mahasiswi sekalian.

PEMANDANGAN YANG MENYAKITKAN
Rasanya semua maklum, hampir semua komputer disini (perpustakaan) di "kuasai" rata-rata daripada pelajar antarabangsa, khususnya pelajar Nigeria. Apa yang baru sahaja tadi berlaku adalah, penulis melihat seorang Nigeria lelaki yang sangat tidak beradap terhadap seorang muslimat Melayu.

Setiap kali muslimat tersebut hendak berkomunikasi dengan pelajar lelaki Nigeria itu, maka dia akan menghulurkan tangannya untuk berjabat tangan. Akan tetapi, penulis memerhatikan bahawa muslimat tersebut tidak menyambut huluran tangan lelaki Nigeria itu, alhamdulillah. Hati berdebar, Allah sahaja yang tahu. Boleh dikatakan ini pandangan "paling sopan" penulis pernah melihat, penulis percaya rakan-rakan lain juga mungkin pernah melihat situasi yang sama.


MEMBEZA-MEMBEZAKAN
Disini, tujuan penulis bukanlah untuk membeza-bezakan antara bangsa Nigeria dengan bangsa Melayu. Benar, ada sahaja antara bangsa Melayu yang tidak menjaga adab antara mereka sendiri, akan tetapi "sensitiviti" di kalangan pelajar antarabangsa terhadap norma-norma adab terhadap pelajar tempatan adalah amat membimbangkan.

Pernah terjadi, suatu hari seorang rakan saya tiba-tiba dipeluk oleh seorang pelajar lelaki antarabangsa. Penulis bertanyakan, itu teman lelaki awak ke? Namun malangnya, wanita tersebut tidak langsung mengenali lelaki tersebut dan ia amat memeranjatkan kami. Ia meninggalkan "trauma" terhadap diri rakan saya.

Penulis menyarankan supaya Hal Ehwal Pelajar (HEP) untuk mengadakan satu slot di orientasi mengenai bagaimana budaya dan norma-norma hidup di Malaysia. Penulis melihat, ini merupakan suatu perkara yang amat penting supaya mereka sendiri mempunnyai pengetahuan dan tidak boleh beralasan dengan alasan "tidak tahu".



ISU
Di Bulliten Utama TV3 dan dalam rancangan 360 oleh TV3 sendiri memaparkan akan kebanjiran pendatang asing terutama berkulit hitam yang melakukan banyak kesalahan jenayah di negara ini. Skop yang lebih kecil boleh kita lihat di kolej kita sendiri. Penjualan arak di kedai-kedai di sekililing Kolej Legenda adalah sesuatu yang membimbangkan kerana turut menyumbang kepada faktor-faktor jenayah.

Pelajar-pelajar dengan mudah boleh mendapatkan bekalan arak. Akibat dari arak, semua maklum banyak perkara yang boleh terjadi, yang membimbangkan penulis adalah sekiranya terjadi keadaan yang tidak terkawal seandainya seseorang berada di bawah pengaruh alkohol. Langkah terbaik adalah pengawalan terhadap penjualan arak tersebut. Mungkin pihak kolej boleh mewartakan, kedai-kedai yang berada berdekatan dengan kawasan kolej ini tidak dibenarkan untuk menjual arak.

Sekiranya perkara ini tidak berada di dalam bidang kuasa kolej, atau dengan kata lain, kolej tidak ada hak untuk melakukan larangan demikian. Dengan concern pertimbangan yang munasabah, penulis merasakan pihak kolej boleh mengadukan perkara ini kepada pihak-pihak berwajib di atas kapasiti keselamatan pelajar di Kolej Legenda sendiri.

PANDANGAN
Ini merupakan pandangan dan cadangan melalui pemerhatian dari penulis sendiri. Mohon, rakan-rakan sekalian untuk memberikan sebarang pandangan atau komentar serta kritikan membina amatlah dialu-alukan. Sekian, terima kasih.

Yang Benar
Fariha Shahida Mohd Saibani